De pastorie in Nuenen
From Wikipedia, the free encyclopedia
De Pastorie in Nuenen ("Rumah Paderi di Nuenen", nama lainnya: De Pastorie in Nuenen in het voorjar : "Rumah Paderi di Nuenen pada Musim Bunga" atau Lentetuin "Taman Musim Bunga" F185, JH484) adalah lukisan minyak awal pasca-Impresionis dikaryakan Vincent van Gogh, seorang pelukis Belanda, pada bulan Mei 1884 semasa tinggal bersama ibu bapanya di Nuenen. Van Gogh membuat beberapa lukisan dan lukisan minyak taman-taman dan fauna sekitar suatu bangunan rumah paderi.[1]
Rencana ini menerangkan sekeping seni yang terlibat dalam hal semasa. Maklumatnya besar kemungkinan berubah-ubah seiring dengan perkembangan peristiwa, dan laporan berita awal tidak semestinya boleh dipercayai. Kemas kini terakhir bagi rencana ini tidaklah membayangkan maklumat yang paling terkini. (Mac 2020) |
Fakta Segera Pelukis, Tahun ...
Pelukis | Vincent van Gogh |
---|---|
Tahun | Mei 1884 (1884-05) |
Bahan | Minyak di atas kertas di atas panel |
Dimensi | 25 cm × 57 cm (9.8 in × 22 in) |
Lokasi | Tidak diketahui (dicuri daripada Muzium Singer Laren pada 30 Mac 2020) |
Pemilik | Muzium Groninger |
Tutup
Lukisan ini ditempatkan dalam koleksi Muzium Groninger sejak tahun 1962, namun ia didapati dicuri pada 30 Mac 2020 dari sebuah pameran di muzium Singer Laren di Laren, Belanda Utara, Belanda.[2]