Debak
From Wikipedia, the free encyclopedia
'Debak' kini adalah bandar kecil merupakan sebuah Daerah Kecil (sebelum 2022) yang bakal dinaiktarafkan kepada sebuah Daerah Penuh tidak lama lagi. Hal ini kerana Daerah Debak merupakan sebuah kawasan urbanisasi yang semakin pesat membangun dimana ia terletak di laluan yang sangat strategik di tengah-tengah laluan perdagangan yang sibuk yang dapat menghubungkan secara terus Bandar Betong Dan Pekan Kecil Spaoh dengan Bandar Saratok Dan Bandar Pusa melalui access road yang menghubung terus ke Lebuhraya Pan Borneo. Bukan itu sahaja, dengan adanya kemudahan Stesen Minyak yang berhampiran laluan yang sama mempercepatkan proses urbanisasi dan migrasi dalaman dan luaran di Daerah Debak, yang sekaligus telah menambah jumlah penduduk di Daerah Debak.
DAERAH Debak | |
---|---|
DAERAH 95500 DEBAK | |
Geografi | |
Status | Daerah / Bandar |
Asal nama | ربق / "rebak" |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sarawak |
Daerah | Debak |
Keluasan | 292.15 km2 |
Daerah SARAWAK | |
Daerah Debak | |
Pejabat daerah | Debak |
---|---|
Pegawai daerah | Sarawak Administrative Officer (SAO) Hafiz |
Kawasan | |
- Jumlah | 292.15 km2 km² |
Populasi | |
- Anggaran 2022 | 15,010 |
- Kepadatan | N/A/km² |
Daerah Kecil Debak | |
---|---|
Koordinat: 1°33′45″N 111°25′15″E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sarawak |
Bahagian | Bahagian Betong |
Pentadbiran | |
• Pihak berkuasa tempatan | Pejabat Daerah Kecil Debak |
Keluasan | |
• Jumlah | 292.15 km2 (112.80 batu persegi) |
Penduduk (2022) | |
• Jumlah | 15,010 |
• Kepadatan | 51/km2 (130/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
ACCESS ROAD DEBAK (DEBAK - KUCHING) Access Road dari Kuching ke kawasan utara Sarawak melalui jalan dari simpang Debak melalui jalanraya yang baru dibuka melalui Kampung Melayu Suri ke Jalan Kampung Tuie Debak telah memendekkan perjalanan ke Kuching. Selain itu, mereka yang hendak ke kawasan lain di sekitar juga boleh menggunakan jalan ini kerana laluan di Bandar Baru Debak ini terdapat kemudahan ATM , Stesen Minyak, dan Pasar yang memudahkan pengunjung. Bandar Baharu Debak merupakan tumpuan mereka yang menuju ke Kuching atau dari Kuching telah merancakkan ekonomi Bandar tersebut.
Selain itu, Kawasan Di Dari Arah Sarikei, Sibu juga dapat memendekkan jarak perjalanan ke Betong dengan Shortcut" melalui Daerah Debak. Kemudahan Kepada capaian logistik ini telah menarik banyak penawaran kegiatan sosio-ekonomi di Debak dan kawasan sekitarnya turut mendapat manfaat bersama.
Sungai Rimbas Disamping itu, kerancakan sosioekonomi di Debak bukan sahaja dipengaruhi semata mata oleh faktor jalan raya, impak positif pertumbuhan pendapatan di Daerah Debak juga adalah disebabkan oleh dengan adanya perhubungan air terutamanya Sungai Rimbas yang mengalir membentang di tengah tengah kepesatan Pekan Debak dan Di Tebingan "Waterfrontanahbrantau,gai unsur pemangkin ekonomi Debak. Hal ini kerana, selain aktiviti perdagangan, dan aktiviti ekonomi professional, Kemajuan Debak juga adalah Dipacu oleh faktor kegiatan ekonomi konvensional seperti pertanian yang melibatkan sebahagian penduduk Debak dan kawasan sekitarnya. Kegiatan Pertanian konvensional sebelumnya dilabel sebagai Tunjang Utama hasil pendapatan di Debak kini kian beralih kepada paradigma pertanian yang jauh lebih moden, malahan sesuai peredaran zaman hampir 75% masyarakat di Daerah Debak kini merupakan pemain dalam sektor profesional seperti didalam sektor Kerajaan, sektor Swasta dan ramai dalam kalangan mereka merupakan pengusaha-pengusaha perniagaan yang besar di bandar bandar utama di Sarawak dan Malaysia ramai juga memegang pelbagai portfolio penting didalam pelbagai jabatan.
- Awal Ramadhan ( Migang Poso),
- Hari Raya Aidilfitri & Hari Raya Haji
- Maulidur Rasul ( Bulan Maulud)
- Hari Gawai & Tahun Baru Cina
Merupakan hari yang penting bagi kepulangan semua perantau-perantau pulang semula ke Tanah Saribas setelah menempah nama di tanah rantau.