Destinasi-destinasi Singapore Airlines
rencana senarai Wikimedia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Singapore Airlines terbang ke 62 destinasi dalam 35 negara di lima benua dari hub utamanya di Singapura (Setakat Mei 2020) India dan Amerika Syarikat dilayani oleh bilangan destinasi tertinggi dengan masing-masing enam destinasi. [1][2][3]
Selepas Krisis Kewangan Asia pada Tahun 1997, Syarikat Penerbangan Singapura berhenti terbang ke Kagoshima, Berlin, Darwin, Cairns, Hangzhou dan Sendai. Toronto dihentikan pada Tahun 1994. Semasa wabak SARS pada Tahun 2003/04, Syarikat Penerbangan Singapura berhenti terbang ke Brussels, Las Vegas, Chicago, Hiroshima, Kaohsiung, Mauritius, Montreal, Vienna, Madrid, Seattle, Shenzhen dan Surabaya. [4][5] Sebagai tambahan, Syarikat Penerbangan Singapura menghentikan penerbangan ke Vancouver (sebelum Sukan Olimpik Musim Sejuk Tahun 2010) dan Amritsar pada Tahun 2009, [6] dan São Paulo pada Tahun 2016. [7]
Syarikat Penerbangan Singapura kini melakukan penerbangan terpanjang di dunia, tanpa henti ke Newark, menggunakan Pesawat siri Airbus A350-900ULR. [8] Sebelum ini, ia menggunakan laluan itu dan satu ke Los Angeles dengan pesawat siri Airbus A340-500. Semua Armada siri A340-500 dihentikan pada Tahun 2013 dan penerbangan terus ke kedua-dua destinasi ditangguhkan pada ketika itu; Newark dilancarkan semula lima tahun kemudian. [9] Perkhidmatan tanpa henti ke Los Angeles ditamatkan pada Tarikh 20 Oktober 2013 (syarikat penerbangan terus melayani Los Angeles dari Singapura melalui Seoul-Incheon dan Tokyo-Narita) [10] dan perkhidmatan tanpa henti ke Newark dihentikan pada Tarikh 23 November 2013 untuk menyokong Laluan Singapura-Bandaraya New York (JFK) melalui Frankfurt. [11][12]
Pada Bulan Oktober 2016, Syarikat Penerbangan Singapura memulakan semula perkhidmatan tanpa henti dari Singapura ke Amerika Syarikat dengan pelancaran laluan Singapura-San Francisco yang baharu. [13] Laluan ini menggunakan pesawat siri A350-900 dan merangkumi kelas Perniagaan, Ekonomi Premium dan Ekonomi. [14]
Laluan Capital Express yang menghubungkan Singapura dan Wellington melalui Canberra diganti pada Mei 2018 dengan laluan Singapura-Sydney-Canberra-Singapura dan laluan Singapura-Melbourne-Wellington-Melbourne-Singapura. [15]
Pada Bulan September 2020, syarikat penerbangan Singapura mengumumkan bahawa ia akan menghentikan perkhidmatan ke Canberra, Düsseldorf, Stockholm dan Wellington kerana penurunan permintaan yang timbul dari Pandemik COVID-19. [16][17][18].