From Wikipedia, the free encyclopedia
Dio Cassius Cocceianus (k.k. 165– selepas 229; bahasa Inggeris: Dio Cassius atau Cassius Dio) ialah seorang ahli sejarah dan kakitangan awam Rom.
Dilahirkan di Nicaea, Bithynia, kepada Cassius Apronianus, seorang senator Rom, nama benarnya ialah Cassius. Dua nama yang lain itu berasal daripada datuk sebelah ibunya, Dio Chrysostom. Oleh itu, walaupun ibunya berketurunan Yunani, dan dalam penulisannya, beliau menerimagunakan bahasa Yunani yang lazim digunakan di tempat asalnya, beliau tetap seorang Rom.
Dio Cassius menghabiskan kebanyaknya hidupnya dalam perkhidmatan awam. Selain daripada menyandang jawatan senator di bawah Commodus dan gabenor Smyrna selepas kematian Septimius Severus, Dio juga menjawat konsul sufek di sekitar 205, serta prokonsul di Afrika dan Pannonia. Alexander Severus amat menghormatinya, dan melantiknya sebagai konsul buat kali kedua, satu jawatan yang sama dengan dirinya sendiri pada 229. Bagaimanapun, Pengawal-pengawal Pretor benci akann beliau kerana kekerasannya, dan cuba membunuhnya. Selepas kekonsulannya yang kedua, dan kerana beliau sudah amat tua, Dio pulang ke negara asalnya di mana beliau meninggal dunia.
Dio menerbitkan sejarah Rom dalam 80 buah buku, hasil penyelidikan dan usahanya selama dua puluh tahun. Sejarahnya merangkumi satu tempoh yang terdiri daripada 983 tahun, bermula dari ketibaan Aeneas di Itali dan pengasasan Rom kemudian, sehingga 229 Masihi. Sehingga masa Julius Caesar, beliau hanya memberikan ringkasan peristiwa-peristiwa dalam karyanya; selepas itu, Dio memberikan lebih perincian; dan sejak masa Commodus, Dio menjadi penulis yang hati-hati dalam pemerihalan peristiwa-peristiwa yang berlaku di hadapan matanya.
Kita mempunyai cebisan-cebisan untuk 30 buah buku pertama Dio, termasuk banyak bahagian buku ke-35 yang berkenaan dengan perang Lucullus terhadap Mithridates VI dari Pontus, dan buku ke-36 mengenai perang dengan lanun, serta ekspedisi Pompey terhadap raja Pontus. Buku-buku yang menyusul sehingga dan termasuk buku ke-54, semua hampir lengkap: buku-buku ini merangkumi tempoh antara 65 SM dan 12 SM, iaitu dari kempen timur Pompey dan kematian Mithridates sehingga kematian Marcus Vipsanius Agrippa. Buku ke-56 sehingga buku ke-60 yang merangkumi tempoh antara 9 Masihi hingga 54 Masihi adalah lengkap, dan mengandungi peristiwa-peristiwa dari penewasan Varus di Jerman sehingga kematian Claudius. Bagi 20 buah buku yang berikut, kita cuma mempunyai cebisan-cebisan dan sedikit intisari John Xiphilinus, seorang rahib pada abad ke-11. Buku ke-80, iaitu buku terakhir, merangkumi tahun-tahun antara 222 hingga 229 dalam tempoh pemerintahan Alexander Severus. Intisari Xiphilinus, seperti yang kini masih wujud, bermula dengan buku ke-35 hingga akhir buku ke-80. Bagaimanapun, karya Xiphilinus yang dimulakan atas titah Maharaja Michael VII Parapinaces telah ditulis dengan sikap tidak ambil peduli.
Cebisan-cebisan 36 buah buku pertama, seperti yang dikumpul, terdiri daripada empat jenis:
Dio telah mencontoh Thucydides, tetapi hasil peniruannya ini tidak setanding dengan gaya aslinya, baik dari segi susunan dan taburan bahan-bahan, mahupun dari segi pandangan yang kukuh dan pemikiran yang tepat. Secara amnya, gaya Dio adalah jelas dari segi ketiadaannya pencemaran teks, walaupun terdapat banyak Latinisme. Ketekunannya tidak dapat dipertikaikan, dan daripada peluang-peluangnya, Dio amat memahamkan keadaan-keadaan Empayar pada tempoh itu dan mempunyai kewibawaan sezaman yang tidak dapat dinafikan.
Kemasukan ini berdasarkan Kamus Harpers untuk Barang-barang Purba Klasik (1898) H. T. Peck.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.