From Wikipedia, the free encyclopedia
Disney Junior Amerika Latin ialah suatu saluran televisyen kabel dan versi Disney Junior milik The Walt Disney Company, disiarkan ke Amerika Latin. Ia disiarkan dalam tiga suapan: Zon Utara, Zon Selatan dan Brazil. Ia dipasarkan kepada kanak-kanak prasekolah. Disney Junior diurus oleh Disney & ESPN Media Networks Latin America dan The Walt Disney Company Latin America, kedua-duanya daripada The Walt Disney Company. Ia dilancarkan pada 1 Jun 2008 sebagai Playhouse Disney Channel. Dahulu ia hanya merupakan blok rancangan pada pagi di Disney Channel Amerika Latin, di mana ia masih blok rancangan, sebagai Disney Junior en/no Disney Channel. Rancangan adalah sama dengan saluran Disney Junior dan blok Disney Junior on Disney Channel di Amerika Syarikat. Walau bagaimana, saluran ini juga menyiarkan rancangan bukan asli.
Fail:Disney Junior 2D logo.png | |
Slogan | Sepanyol: Donde la magia comienza Portugis: Onde a magia começa ("Di mana magik bermula") |
---|
Pada 23 Disember, 2010 The Walt Disney Company Latin America mengumumkan bahawa saluran ini akan digantikan oleh Disney Junior pada 2011[1], dan pelancaran semula berlaku pada 1 April 2011.
Disney Junior Amerika Latin terbahagi kepada tiga suapan untuk siaran berlainan, setiap satu dengan jadual berlainan dan suara berlainan.
Tapak sesawang ini dijalankan pada 1 Jun 2008 bersama saluran ini dan menggantikan tapak sesawang mini blok rancangan di Disney Channel Amerika Latin. Terdapat dua suapan, Zon Utara dan Zon Selatan. Brazil mempunyai tapak sesawang tersendiri di Disney.com.br
Dalam tapak sesawang ini, setiap siri mempunyai tapak sesawang mini tersendiri dengan maklumat dan muatan turun tentang rancangan itu. Permainan dan aktiviti berlainan juga tersedia. Pengguna boleh mendengar muzik dari rancangan-rancangan, baca cerita atau melihat jadual rancangan.
Disney Junior Video ialah suatu perkhidmatan video di mana pengguna boleh melihat rancangan saluran ini. Ia menggunakan enjin sama dan rekaan sama denganDisney Channel Play di Disney Channel Amerika Latin dan Disney XD Play di Disney XD Amerika Latin. Ia sama dengan Disney Xtreme Digital di Amerika Syarikat.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.