Ebby Yus
Pelawak dan pelakon lelaki Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Ebby Yus (lahir Muhammad Yunus Abdul Rashid; 16 April 1965) ialah seorang pelawak dan pelakon Malaysia. Beliau paling diingati dengan peranan beliau dalam siri sitkom televisyen 'Simpang Tiga'. Kini, beliau terlibat dalam pelbagai drama, pementasan teater dan filem tempatan, terutamanya di stesen televisyen RTM.
Fakta Segera Kelahiran, Pekerjaan ...
Ebby Yus | |
---|---|
Kelahiran | Muhammad Yunus bin Abdul Rashid (1965-04-16) 16 April 1965 (umur 59) Kampung Jerjak, Padang Lebar, Batu Kikir, Negeri Sembilan, Malaysia |
Pekerjaan | Pelawak, pelakon, pengacara, ahli seni bela diri |
Tahun aktif | 1983–kini |
Tutup
Ebby Yus bersekolah di Sekolah Vokasional Ampangan, Seremban. Pada tahun 1983, setelah menamatkan sekolahnya, Ebby pindah ke Kuala Lumpur.[1]Ebby memulakan kerjayanya dalam industri seni pada 1983, setelah ia berjaya menyertai satu uji bakat Asas Tarian di Kompleks Budaya Negara.
Beliau turut mengusahakan Adam Lai Restoran bersama tiga rakan kongsinya, Muhammad Adam Lai Abdullah, Faizal Abdul Jabar dan Mohd Helmy Harun.[2]