Ekspo 2020
From Wikipedia, the free encyclopedia
Ekspo 2020 (إكسبو 2020code: ar is deprecated ) merupakan Ekspo Dunia, yang mana Dubai, Emiriah Arab Bersatu menjadi tuan rumah bermula dari 1 Oktober 2021 hingga 31 Mac 2022. Ia pada asalnya dijadualkan pada 20 Oktober 2020 sehingga 10 April 2021, namun ditangguhkan kerana wabak COVID-19.[1] Walaupun ditangguhkan, penganjur mengekalkan nama Ekspo 2020 untuk tujuan pemasaran dan penjenamaan. Perhimpunan agung Bureau International des Expositions (BIE) di Paris menamakan Dubai sebagai tuan rumah pada 27 November 2013.