Emma Walmsley

From Wikipedia, the free encyclopedia

Emma Walmsley
Remove ads

Emma Natasha Walmsley HonFRSC (lahir Jun 1969) ialah ketua pegawai eksekutif (CEO) GlaxoSmithKline, syarikat farmaseutikal terbesar England.[1] Beliau menggantikan Sir Andrew Witty, yang bersara pada Mac 2017.[2] Sebelum menyertai GSK, beliau bekerja untuk L'Oréal selama 17 tahun dan merupakan pengarah bukan eksekutif di Diageo sehingga September 2016.[3] Beliau dibesarkan di Barrow-in-Furness, Cumbria.

Fakta Segera Kelahiran, Pusat pendidikan ...
Remove ads

Peranan lain

Walmsley ialah ahli lembaga GlaxoSmithKline.[4] Beliau ialah pengarah bukan ekseutif di Diageo dari Januari hingga September 2016.[5][6] Pada September 2019, Walmsley menjadi pengarah bukan eksekutif Microsoft.[7]

Kehidupan peribadi

Di luar kerja, Walmsley juga aktif dalam yoga. Beliau berkahwin dengan suaminya, David Owen pada September 1995 di Greenwich, London, dan dikurniakan empat anak.[8]

Penghargaan

Pada tahun 2019, Walmsley menerima tempat kedua[9] dalam senarai ‘Wanita Paling Berkuasa’ dalam perniagaan, telah menduduki senarai pada 2018.[10] Pada tahun 2017 beliau berada di tempat kedua dalam senarai sama.[11]

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads