Empat Kebenaran Mulia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Empat Kebenaran Mulia (bahasa Inggeris: Four Noble Truths; bahasa Pali: Cattāri ariyasaccāni ) merupakan salah satu ajaran agama Buddha yang paling asas, dengan ungkapan tersebut muncul banyak kali dalam teks Hukum Pali, teks agama Buddha yang paling kuno. Ia merupakan kebenaran-kebenaran yang dicapai oleh Gautama Buddha semasa beliau mengalami makrifat. [1]
Sebahagian daripada siri | |
---|---|
Agama-agama Dharma | |
Asas | |
Empat Kebenaran Mulia | |
Konsep-konsep Utama | |
Tiga tanda kewujudan | |
Tokoh Utama | |
Gautama Buddha | |
Amalan dan Pencapaian | |
Tahap Buddha · Budisatwa | |
Kawasan-kawasan | |
Asia Tenggara · Asia Timur | |
Mazhab | |
Teks | |
Hukum Pali · Sutra Mahayana | |
Kajian Perbandingan | |
|
Mengapa Buddha mengajar dengan cara ini dapat dijelaskan oleh konteks sosial pada masanya. Buddha merupakan seorang Śramaṇa, zahid berkelana yang "bertujuan untuk menemui kebenaran dan mencapai kebahagiaan." [2] Buddha mendakwa bahawa beliau mencapai tujuan ini di bawah sebatang pokok bodhi, berhampiran dengan Sungai Ganges. Empat Kebenaran Mulia merupakan perumusan pemahamannya tentang:
- sifat "penderitaan"; [3]
- punca asas untuk semua penderitaan;
- cara mengelakkan penderitaan; dan
- jenis usaha yang diperlukan untuk "mencapai kebahagiaan". [4]
Kebenaran-kebenaran ini tidak dinyatakan sebagai sebuah teori atau gagasan sementaraan, malahan Buddha berkata:
Empat Kebenaran Mulia ini, sami, adalah benar dan tepat, bukan sebaliknya. Justera itu, ia dipanggil kebenaran-kebenaran mulia. [5] ...Kerana ia berfaedah, ia tergolong dalam asas-asas kehidupan suci, ia menuju dari kekecewaan ke sikap berkecuali, ke pemberhentian, ke keamanan, ke pengetahuan langsung, ke makrifat, ke Nirwana. Inilah mengapa aku mengisytiharkannya. [6]
Ajaran ini merupakan asas syarahan Buddha yang pertama selepas makrifatnya. [7] Bagaimanapun, mazhab agama Buddha Mahayana mempunyai versi Empat Kebenaran Mulia yang tersendiri, dengan keabadian Buddha merupakan tumpuannya yang utama.