Enjin gelintar web
tata perisian yang menggelintar jaringan sejagat bagi mendapatkan maklumat / From Wikipedia, the free encyclopedia
"Enjin carian" dilencongkan ke sini. Untuk kegunaan lain, lihat Enjin carian (nyahkekaburan).
Enjin carian sesawang ialah sebuah enjin carian direka khas untuk mencari maklumat dalam Jaringan Sejagat yang turut merangkumi laman sesawang, imej, dan pelbagai jenis fail lain. Sesetengah enjin carian juga mengorek data yang boleh didapati dalam newsbook, pangkalan data, atau direktori terbuka. Tidak seperti direktori web yang diselenggara oleh manusia, enjin carian dikelola secara algoritma atau campuran algoritma dan masukan manusia.[1]