![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/7/77/KIM_Erick_Thohir.jpg/640px-KIM_Erick_Thohir.jpg&w=640&q=50)
Erick Thohir
ahli perniagaan Indonesia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Erick Thohir, BA., MBA. (lahir 30 Mei 1970) ialah seorang usahawan Indonesia yang dilantik sebagai Menteri Syarikat Milik Negara (Indonesia: Badan Usaha Milik Negaracode: id is deprecated ; BUMN) gantikan Rini Soemarno di Kabinet Indonesia Maju kerajaan Presiden Joko Widodo dan Naib Presiden Ma'ruf Amin yang bertugas sejak 23 Oktober 2019. Lain daripada itu, Erick ialah peneraju Mahaka Group yang merupakan syarikat induk daripada syarikat yang memfokuskan perniagaan media dan hiburan. Pelbagai unit perniagaan Mahaka, seperti penyiaran (PT Mahaka Radio Integra Tbk), stesen televisyen (Jak TV), media luaran (Iklan Mahaka), media cetak (Harian Republika, Golf Digest), memesan dan menjual tiket digital (Rajakarcis.com), dan pelbagai syarikat lain yang terlibat dalam perniagaan sukan dan hiburan.[6]
Erick Thohir Manurung | |
---|---|
![]() | |
Menteri Syarikat Milik Negara ke-9 | |
Memegang jawatan 23 Oktober 2019 | |
Presiden | Joko Widodo |
Naib Presiden | Ma'ruf Amin |
Didahului oleh | Rini Soemarno |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1970-05-30) 30 Mei 1970 (umur 54) Lampung, Indonesia |
Kerakyatan | Indonesia |
Kediaman | Jakarta, Indonesia |
Alma mater | Kolej Komuniti Glendale (BA)[1]
Universiti Kebangsaan, California (MBA)[1] |
Pekerjaan | Ahli perniagaan, usahawan |
Dikenali kerana | Naib Presiden Pesuruhjaya Mahaka Media[1] Bekas pemilik Inter Milan[3] Pemilik Persib Bandung Bekas pemilik D.C. United[4] Ketua Pengarah Visi Media Asia[1] Presiden INASGOC[5] Ketua Pengarah antv Pengarah Oxford United Pemilik Badak Lampung FC Pemilik Persis Solo |
Semasa Pilihan raya umum Presiden Indonesia 2019, Erick menjadi Pengerusi Tim Kempen Nasional (TKN) Jokowi-Ma'ruf.