Fandom furry
subkultur / From Wikipedia, the free encyclopedia
Fandom furry atau fandom berbulu atau kepeminatan berbulu adalah subkultur berminat dengan watak haiwan antropomorfik dengan keperibadian dan ciri-ciri manusia.[1][2][3] Contoh atribut antropomorfik termasuk menunjukkan kecerdasan manusia dan ekspresi wajah, bercakap, berjalan dengan dua kaki, dan memakai pakaian. Istilah "furry fandom" juga digunakan untuk merujuk kepada komuniti orang yang berkumpul di internet dan di konvensyen furry.[4]