Fela Kuti
From Wikipedia, the free encyclopedia
Fela Anikulapo Kuti (nama lahir Olufela Olusegun Oludotun Ransome-Kuti; 15 Oktober 1938 – 2 Ogos 1997) ialah seorang ahli muzik, penggubah lagu, ketua pancaragam, aktivis politik dan pendukung Pan-Afrikanisme di Nigeria. Beliau dikenali sebagai perintis Afrobeat, salah satu genre muzik Afrika yang menggabungkan perkusi Yoruba dengan gaya suara funk dan jaz.[1] Ibunya ialah Funmilayo Anikulapo Kuti, seorang aktivis anti-penjajahan dan pendukung hak wanita.
Fela Anikulapo Kuti | |
---|---|
Latar belakang | |
Nama lahir | Olufela Olusegun Oludotun Ransome-Kuti |
Kelahiran | (1938-10-15)15 Oktober 1938 Abeokuta, Koloni dan Protektorat Nigeria |
Meninggal dunia | 2 Ogos 1997(1997-08-02) (umur 58) Lagos, Negeri Lagos, Nigeria |
Genre |
|
Pekerjaan |
|
Instrumen |
|
Tahun aktif | 1958–1997 |
Syarikat rakaman |
|
Pengkarya berkait |
|
Laman sesawang | felakuti |
Setelah melanjutkan pelajarannya di Trinity College of Music, Fela Kuti memulakan pancaragam Afrika '70 dan menjadi pemuzik terkenal di Nigeria pada dekad 1970-an[2] dengan mengkritikkan sifat penjajah dan kerajaan. Pada tahun 1970, beliau mengasaskan komun Republik Kalakuta dan mengisytiharkan kemerdekaan daripada pemerintahan Nigeria.[3] Komun itu dibakar pada tahun 1977 oleh seribu tentera di bawah pemerintahan Olusegun Obasanjo. Peristiwa ini membunuh ibu beliau kerana dilempar keluar dari tingkat atas.[4] Fela Kuti keluarkan album "Coffin for Head of State" dan membawa keranda ibunya ke Dodan Barracks, kediaman rasmi Obasanjo. Satu tahun berikutnya, Fela Kuti berkahwin dengan 27 penari wanita kerana dituduh sebagai penculik.[5]
Pada tahun 1984, Fela Kuti dipenjara oleh Muhammadu Buhari untuk 10 tahun tetapi dibebaskan hanya selepas 20 bulan.[6]