From Wikipedia, the free encyclopedia
Fernando Armindo Lugo Méndez (Sebutan Sepanyol: [ferˈnando arˈmindo ˈluɣo ˈmendes]; lahir 30 Mei 1951) ialah seorang ahli politik Paraguay yang menjadi Presiden Paraguay dari Ogos 2008 hingga Jun 2012. Beliau sebelum itu merupakan biskop Katolik Rom di kawasan uskup San Pedro.
Fernando Lugo | |
---|---|
Presiden Paraguay | |
Dalam jawatan 15 Ogos 2008 – 22 Jun 2012 | |
Naib Presiden | Federico Franco |
Didahului oleh | Nicanor Duarte |
Digantikan oleh | Federico Franco |
President pro tempore UNASUR | |
Dalam jawatan 29 Oktober 2011 – 22 Jun 2012 | |
Didahului oleh | Bharrat Jagdeo |
Digantikan oleh | Federico Franco |
Butiran peribadi | |
Lahir | Fernando Armindo Lugo Méndez 30 Mei 1951 San Solano, Paraguay |
Parti politik | Perikatan Patriotik untuk Perubahan (APC) |
Anak-anak | Guillermo Armindo Lugo Carrillo |
Alma mater | Universidad Católica Nuestra Señora de la Asunción |
Tandatangan |
Pada 20 April 2008, Lugo memenangi pilihan raya presiden dengan margin 10 titik peratusan, walaupun tanpa majoriti. Pelantikan Lugo menandakan kali pertama dalam sejarah Paraguay (sejak merdeka pada 1811) parti memerintah menyerahkan kuasa secara aman kepada pihak lawan.[1] Beliau menjadi presiden berhaluan kiri kedua Paraguay (Rafael Franco yang pertama), dan yang pertama dilantik secara bebas.
Lugo mengangkat sumpah pada 15 Ogos 2008, seterusnya menyatakan yang beliau tidak akan menerima gaji presiden kerana ia "milik orang yang lebih daif" dan menggalakkan ahli politik lain menolak gaji mereka juga.[2]
Pada 15 Jun 2012, 17 orang maut dalam pertelingkahan antara petani tak bertanah dengan polis yang cuba mengusir mereka.[3] Dewan Rakyat memetik peristiwa ini selain keadaan tidak terjamin, nepotisme dan kontroversi pembeliaan tanah untuk mengundi 76 kepada 1 mendakwa Lugo pada 21 Jun.[4] Senat mengundi kes ini keesokan harinya,[5] dengan 39 berbalas empat menyokong penyingkiran Lugo. Ini mengakhiri mandat beliau dan menjadikan naibnya Federico Franco sebagai presiden baharu Paraguay.[6]
Lugo menganggap penyingkiran ini sebagai tidak menurut perlembagaan, menyatakan beliau hanya mendapat dua jam untuk bersedia membela dirinya.[7] Presiden negara jiran Paraguay turut menolak penyingkiran ini dan membandingkannya dengan rampasan kuasa. Antaranya Dilma Rousseff dari Brazil, Cristina Fernández de Kirchner dari Argentina, Rafael Correa dari Ecuador dan Leonel Fernández dari Republik Dominican.[8]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.