From Wikipedia, the free encyclopedia
Preity Zinta ialah seorang pelakon wanita India yang terkenal dengan karyanya dalam perfileman Bollywood. Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 1998 dengan menjaykan peranan pembantu dalam drama Dil Se.. dan membintangi sebuah filem thriler yang berjaya secara komersial, Soldier.[1][2] Untuk kedua-dua filem ini, beliau memenangi Anugerah Filmfare dalam kategori Penampilan Sulung Wanita Terbaik.[1] Pada tahun 1999, Zinta melakonkan watak petugas CBI dalam filem thriler psikologi Sangharsh.[3] Beliau menyusuli filem ini dengan watak sebagai ibu tunggal remaja dalam sebuah filem drama arahan Kundan Shah, Kya Kehna (2000).[1][3][4][5] Pada tahun yang sama, beliau membintangi filem percintaan Har Dil Jo Pyar Karega, dan filem drama jenayah Mission Kashmir, filem Bollywood dengan keuntungan tertinggi ketiga pada tahun tersebut.[6]
Pada tahun 2001, Zinta berlakon dalam filem dramedi Dil Chahta Hai, yang disebut dalam media sebagai sebuah filem yang menonjolkan pawagam Hindi.[7] Pada tahun yang sama, beliau memegang watak seorang pelacur yang melakukan kaedah ibu tumpang dalam filem drama romantik Chori Chori Chupke Chupke.[8] Satu-satunya filem lakonannya pada 2002 ialah dalam filem Dil Hai Tumhaara yang menjadi kegagalan komersial.[5][9] Zinta muncul dalam empat filem pada 2003. Peranan pertamanya dalam tahun itu ialah digandingkan bersama Sunny Deol dalam filem drama Anil Sharma The Hero—filem Bollywood termahal pada waktu itu.[10] Beliau melakonkan peranan negatif dalam filem drama romantik Armaan, di mana beliau memegang watak seorang wanita kaya raya yang menghidap skizofrenia.[11] Beliau seterusnya membintangi dua filem blokbuster—cereka sains Koi... Mil Gaya dan drama Kal Ho Naa Ho.[12] Bagi persembahannya dalam Kal Ho Naa Ho, beliau memenangi Anugerah Filmfare untuk Pelakon Wanita Terbaik.[13]
Zinta memegang watak sebagai seorang wartawan dalam filem drama perang 2004 Lakshya, yang merupakan kegagalan komersial di pecah panggung.[14] Pada tahun 2004, beliau memegang watak utama dalam filem percintaan segitiga arahan Yash Chopra, Veer-Zaara, bersama Shah Rukh Khan.[15] Filem ini menjadi filem Bollywood dengan keuntungan tertinggi pada tahun itu.[16] Beliau kemudian muncul dalam filem komedi percintaan 2005 Salaam Namaste dan filem drama ensembel 2006 Kabhi Alvida Naa Kehna, yang kedua-duanya diterima baik di luar India.[17][18] Selain memegang watak juruhebah radio dalam filem Salaam Namaste,[19] Zinta memegang watak sebagai wanita yang telah berkahwin dengan pasangan yang tidak bahagia dalam filem Kabhi Alvida Naa Kehna.[3][20] Beliau mengikuti filem ini dengan watak-watak dalam filem Jaan-E-Mann (2006) dan Jhoom Barabar Jhoom (2007) yang mengalami kegagalan secara komersial di pecah panggung.[21][22] Zinta berlakon dalam filem Kanada Heaven on Earth (2008), filem terbitan antarabangsa pertamanya.[1]
Pada tahun 2011, Zinta mengacarakan rancangan realiti Guinness World Records – Ab India Todega dan bual bicara Up Close & Personal with PZ. Pada tahun yang sama, beliau menubuhkan syarikat penerbitannya, PZNZ Media,[23] yang di bawahnya beliau menerbitkan dan membintangi filem komedi percintaan 2013 Ishkq in Paris, yang menerima kegagaglan komersial di Bollywood.[24]
Tajuk | Tahun | Peranan | Pengarah | Catatan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
Dil Se.. | 1998 | Preeti Nair | Mani Ratnam | Anugerah Filmfare untuk Penampilan Sulung Wanita Terbaik (juga untuk Soldier) Dicalonkan—Anugerah Filmfare untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik |
[25] [26] [27] |
Soldier | 1998 | Preity | Abbas-Mustan | [1] [28] | |
Premante Idera | 1998 | Shailu | Jayanth C. Paranjee | Filem Telugu Dialih suara ke bahasa Hindi sebagai Dulhan Dilwale Ki |
[29] |
Raja Kumarudu | 1999 | Rani | K. Raghavendra Rao | Filem Telugu Dialih suara ke bahasa Hindi sebagai Prince No. 1 |
[29] |
Sangharsh | 1999 | Reet Oberoi | Tanuja Chandra | [30] | |
Dillagi | 1999 | Rani | Sunny Deol | Penampilan khas | [31] |
Kya Kehna | 2000 | Priya Bakshi | Kundan Shah | Dicalonkan—Anugerah Filmfare untuk Pelakon Wanita Terbaik | [32] [33] |
Har Dil Jo Pyar Karega | 2000 | Jahnvi | Raj Kanwar | [34] | |
Mission Kashmir | 2000 | Sufiya Parvez | Vidhu Vinod Chopra | [35] | |
Farz | 2001 | Kajal Singh | Raj Kanwar | [36] | |
Chori Chori Chupke Chupke | 2001 | Madhubala | Abbas-Mustan | Dicalonkan—Anugerah Filmfare untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | [37] [38] |
Dil Chahta Hai | 2001 | Shalini | Farhan Akhtar | [39] | |
Yeh Raaste Hain Pyaar Ke | 2001 | Sakshi | Deepak Shivdasani | [40] | |
Dil Hai Tumhaara | 2002 | Shalu | Kundan Shah | [41] | |
The Hero: Love Story of a Spy | 2003 | Reshma (Ruksar) | Anil Sharma | [42] | |
Armaan | 2003 | Sonia Kapoor | Honey Irani | Dicalonkan—Anugerah Filmfare untuk Persembahan Terbaik dalam Peranan Negatif | [11] [43] |
Koi... Mil Gaya | 2003 | Nisha | Rakesh Roshan | Dicalonkan—Anugerah Filmfare untuk Pelakon Wanita Terbaik | [44] [45] |
Kal Ho Naa Ho | 2003 | Naina Catherine Kapur | Nikhil Advani | Anugerah Filmfare untuk Pelakon Wanita Terbaik | [1] [46] |
Lakshya | 2004 | Romila Dutta | Farhan Akhtar | [47] | |
Dil Ne Jise Apna Kahaa | 2004 | Dr. Parineeta | Atul Agnihotri | [48] | |
Veer-Zaara | 2004 | Zaara Haayat Khan | Yash Chopra | Dicalonkan—Anugerah Filmfare untuk Pelakon Wanita Terbaik | [49] [50] |
Khullam Khulla Pyaar Karen | 2005 | Priti Damani | Harmesh Malhotra | [51] | |
Salaam Namaste | 2005 | Ambar 'Amby' Malhotra | Siddharth Anand | Dicalonkan—Anugerah Filmfare untuk Pelakon Wanita Terbaik | [52] [53] |
Alag | 2006 | — | Jim Mulligan Ashu Trikha |
Penampilan khas dalam lagu "Sabse Alag" | [54] |
Krrish | 2006 | Nisha | Rakesh Roshan | Penampilan khas | [55] |
Kabhi Alvida Naa Kehna | 2006 | Rhea Saran | Karan Johar | Dicalonkan—Anugerah Filmfare untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | [56] [57] |
Jaan-E-Mann | 2006 | Piya Goyal | Shrish Kunder | [58] | |
Jhoom Barabar Jhoom | 2007 | Alvira Khan | Shaad Ali | [59] | |
The Last Lear | 2007 | Shabnam | Rituparno Ghosh | Filem bahasa Inggeris | [60] [61] |
Om Shanti Om | 2007 | Dirinya sendiri | Farah Khan | Penampilan khas dalam lagu "Deewangi Deewangi" | [62] |
Heaven on Earth | 2008 | Chand | Deepa Mehta | Filem bahasa Punjabi Dialih suara ke bahasa Hindi sebagai Videsh |
[63] [64] |
Heroes | 2008 | Kuljeet Kaur | Samir Karnik | [65] | |
Rab Ne Bana Di Jodi | 2008 | — | Aditya Chopra | Penampilan khas dalam lagu "Phir Milenge Chalte Chalte" | [66] |
Kamaal Kayeel Raja | 2009 | Jaanu | Tidak diketahui | Filem Bhojpuri | [67] [68] |
Main Aurr Mrs Khanna | 2009 | Haseena Jagmagia | Prem Soni | Penampilan khas | [69] |
Ishkq in Paris | 2013 | Ishkq | Prem Raj | Juga penerbit dan penulis | [70] |
Happy Ending | 2014 | Divya | Raj & DK | Penampilan kameo | [71] |
Welcome to New York | 2018 | Dirinya sendiri | Chakri Toleti | Penampilan kameo | [72] |
Bhaiaji Superhit | 2018 | Sapna Dubey | Neeraj Pathak | [73] | |
Dabangg 3 | 2019 | Prahbu Deva | Penampilan kameo | [74] |
Tajuk | Tahun | Peranan | Saluran | Catatan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
Guinness World Records – Ab India Todega | 2011 | Pengacara | Colors | Pengacara bersama Shabbir Ahluwalia | [75] |
Up Close & Personal with PZ | 2011 | Pengacara | UTV Stars | [76] | |
Nach Baliye | 2015 | Juri | Star Plus | Musim 7 | [77] |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.