Franz Xaver Schwarz
From Wikipedia, the free encyclopedia
Franz Xaver Schwarz (27 November 1875 – 2 Disember 1947) adalah pegawai kanan Schutzstaffel (SS) Jerman dan ahli politik dalam Jerman Nazi. Beliau berkhidmat sebagai Reichsschatzmeister (Bendahari Agung) Parti Nazi (NSDAP) dari tahun 1925 hingga 1945 dan merupakan orang pertama dari hanya 4 orang yang dianugerahkan pangkat tertinggi SS-Oberst-Gruppenführer oleh Adolf Hitler di ulangtahun kelahirannya pada 20 April 1942. Pada penghujung Perang Dunia II, beliau memimpin sebuah batalion Volkssturm di Grünwald dan telah ditangkap oleh tentera Amerika.
Franz Xaver Schwarz | |
---|---|
Bendahari Reich Parti Nazi | |
Dalam jawatan 21 Mac 1925 – 9 Mei 1945 | |
Ahli Parlimen Franken | |
Dalam jawatan Mac 1933 – Mei 1945 | |
Reichsleiter | |
Dalam jawatan 1935–1945 | |
Führer | Adolf Hitler |
SS-Oberst-Gruppenführer | |
Dalam jawatan 20 April 1942 – 8 Mei 1945 | |
Führer | Adolf Hitler |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1875-11-27)27 November 1875 |
Meninggal dunia | 2 Februari 1947(1947-02-02) (umur 71) |
Kerakyatan | Jerman |
Parti politik | Parti Nazi |
Pekerjaan | Ahli politik |
Profesion | Akauntan |
Jawatankuasa | Staf Oberster SA-Führer Staf Reichsführer-SS |
Perkhidmatan ketenteraan | |
Kesetiaan | Empayar Jerman |
Perkhidmatan/cawangan | Tentera Darat Imperial |
Tahun perkhidmatan | 1914–1918 |
Pangkat | Leutnant der Landwehr a.D. |
Unit | Landwehr-Infanterie-Regiment 3 |
Pertempuran | Perang Dunia I |
Schwarz meninggal dunia pada usia 71 tahun dalam kem tahanan Bersekutu di Regensburg pada 2 Disember 1947, disebabkan penyakit gastrik yang berulang. Pada September 1948, beliau telah diklasifikasikan oleh mahkamah denazifikasi Munich sebagai "pesalah utama".[1]