Gangguan Terusan Suez 2021
insiden maritim 2021 / From Wikipedia, the free encyclopedia
Pada 23 Mac 2021, pukul 7.40 Waktu Eropah Timur (UTC+2), sebuah kapal kontena bernama Ever Given terdampar di kilometer 151 Terusan Suez di Mesir.[1] Kapal tersebut hilang kawalan selepas ditimpa ribut pasir dan angin kencang dengan kelajuan 50 kilometer sejam (27 knot).[2] Ever Given kemudian merempuh dasar terusan dan terbabas sehingga menghalang semua kapal yang ingin melalui Terusan Suez.[3]
Tarikh | 23–29 Mac 2021 (23-03-2021 – 29-03-2021) |
---|---|
Masa | 07:40 |
Lokasi | Terusan Suez, Mesir |
Koordinat | 30.015122°N 32.580206°E / 30.015122; 32.580206 |
Juga dikenali sebagai | Halangan Terusan Suez 2021 |
Jenis | Kapal terdampar |
Halangan ini telah meninggalkan kesan besar kepada dunia perkapalan di mana sekurang-kurangnya 369 buah kapal terpaksa menunggu untuk melalui terusan sehingga 29 Mac.[4] Pada tarikh itulah kapal yang terbabit diapungkan semula sedikit sebanyak dan "dihalakan semula 80 peratus ke arah yang betul",[5] dan akhirnya dibebaskan pada waktu petang dan menuju ke Tasik Pahit Besar untuk membuka semula terusan.[6][7]