Glam rock
gaya muzik rock yang dibangunkan di United Kingdom pada awal 1970-an yang dipersembahkan oleh pemuzik yang mengenakan kostum, solekan, dan gaya rambut yang keterlaluan, terutamanya kasut platform dan glitter / From Wikipedia, the free encyclopedia
Glam rock atau rock glamor (glitter rock) ialah subgenre muzik rock pasca-hipi dari United Kingdom pada awal tahun 1970-an. Penyanyi dan pemuziknya memakai pakaian, rias wajah, dan model rambut yang serba gemerlapan, serta mengenakan kasut but tinggi.[1] Ciri khas rock glamor ialah lirik lagu yang memakai bahasa berbunga-bunga yang diiringi permainan gitar hard rock. Kostum yang bersifat teatrikal mengambil idea dari filem cereka sains atau filem-filem lama.
Glam rock | |
---|---|
Maklumat am | |
Asalan gaya | Rock and roll, garage rock, art rock, hard rock, pop rock |
Asalan budaya | United Kingdom pada awal tahun 1970-an |
Asal usul | United Kingdom |
Dicipta | 1969 |
Alat muzik tipikal | gitar, bes, dram, piano, saksofon, synthesizer, alat muzik dawai |
Bentuk terbitan | punk rock, gothic rock, new wave, pub rock, visual kei, schaffel |
Sebahagian daripada | muzik rock, glam music |
Genre lakuran | |
glam metal, glam punk | |
Topik lain | |
protopunk, shock rock | |
sunting · sunting di Wikidata |
Aliran muzik ini mencapai puncak kejayaan di United Kingsim pada pertengahan tahun 1970-an. Di antara lambang generasi rock glamor kalah "Queen, Marc Bolan and T.Rex, Gary Glitter dan kugiran termasuk Sweet, dan Slade".[1] Pengikut glam rock lain termasuk Alice Cooper, Kiss, David Bowie, Lou Reed, Roxy Music, Mud, Mott the Hoople, The Glitter Band, Brian Eno, dan Suzi Quatro.