From Wikipedia, the free encyclopedia
Gorillaz ialah sebuah kumpulan muzik maya British diciptakan pada tahun 1998 oleh Damon Albarn, pemuzik dari kugiran Blur, dan Jamie Hewlett, seorang pelukis. Kumpulan ini diuruskan Albarn yang membezakan diri daripada gaya muzik Britpop kugiran Blur melalui penerapan pelbagai genre muzik termasuk hip hop dan muzik dunia;[1] Albarn menguruskan semua produksi lagu dimainkan bagi pihak kumpulan maya ini sambil ia diwakili empat watak yang dianimasikan iaitu Stuart "2-D" Pot, Murdoc Niccals, Noodle dan Russel Hobbs - keempat-empat mereka tampil dalam temubual, video muzik serta filem pendek lain.
Gorillaz | |
---|---|
Latar belakang | |
Berasal dari | Westbourne Grove, London, United Kingdom |
Genre |
|
Tahun aktif | 1998–kini |
Syarikat rakaman |
|
Pengkarya berkait |
|
Laman sesawang | gorillaz |
Ahli | Pugau: Damon Albarn Jamie Hewlett Maya: 2-D Murdoc Niccals Russel Hobbs Noodle |
Bekas ahli | Maya: Paula Cracker Del Tha Ghost Rapper Cyborg Noodle Ace |
Jamie Hewlett merupakan pengkarya siri cereka sains Tank Girl yang terbit dalam majalah Deadline. Pada tahun 1990, Graham Coxon, seorang gitaris yang juga peminat siri komik ini mengundang Hewlett menemubual rakan sekerja Coxon, Damon Albarn mengenai kugiran mereka berdua yang baharu sahaja ditubuhkan iaitu Blur;[2] dalam wawancara inilah Hewlett berkenalan dengan Albarn waima pada awalnya sering bertengkar.[2] Albarn dan Hewlett turut duduk serumah di Westbourne Grove, London pada tahun 1997.[3]
Idea suatu kumpulan muzik maya mula difikirkan Albarn dan Hewlett semasa mereka berdua menonton MTV.[4] Albarn turut mendapat ilham daripada fenomena boy band yang melonjak terkenal pada ketika ini lalu mahu melakukan perkara sama dengan pendekatan lebih menarik.[5] Projek ini diberi nama asal "Gorilla" dengan lagu pertama mereka "Ghost Train"[6] yang diterbitkan sebagai B-side single "Rock the House".
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.