Gunung Berapi Amukta
From Wikipedia, the free encyclopedia
Gunung Berapi Amukta atau nama Inggerisnya (Mount Amukta) merupakan sebuah gunung berapi yang terletak di Alaska, Amerika Syarikat.
Gunung Berapi Amukta | |
---|---|
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 1,066 m (3,497 ka) |
Tonjolan | 1,066 m (3,497 ka) |
Geografi | |
Lokasi | Pulau Amukta, Alaska, Amerika Syarikat |
Induk banjaran | Banjaran Aleut |
Peta topo | USGS Amukta C-4 |
Geologi | |
Jenis gunung | Stratovolcano |
Letusan terakhir | 1997 |
Gunung berapi stratovolcano yang tidak terbelah Gunung Berapi Amukta membentuk sebahagian besar dari pulau Amukta yang bulat, seluas 7.7-km (Amuux̂tax̂[1] dalam bahasa Aleut). Ia merupakan terbarat antara rantaian Kepulauan Empat Gunung. Konnya, sekitar 5.8 km dalam ukurlilit basal dan dilitupi dengan kawah puncak seluas 0.4 km, kelihatannya pada imej radar bukaan-sinthetik dibina atas 300+ meter rabung tinggi menyonsong timur-barat. Sambungan pada rabung pada sebelah barat daya dan timur pulau menunjukkan kawah lama sekitar 6 km ukur lilit dan terbuka ke laut disebelah selatan. Tiada mata air panas atau fumaroles dilaporkan di Amukta. Sekora (1973, p. 29) melaporkan kehadiran kon sinder berhampiran timur laut pulau tersebut.