![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/1/18/Hua_Shan.jpg/640px-Hua_Shan.jpg&w=640&q=50)
Gunung Huashan
From Wikipedia, the free encyclopedia
Gunung Huashan terletak kira-kira 120 kilometer dari timur Bandar Xian di Wilayah Shaanxi, gunung Huashan merupakan satu antara lima pergunungan yang dianggap suci oleh rakyat di negara China.
Gunung Huashan | |
---|---|
![]() | |
Ketinggian | 2,155 meter (7,070 ka) |
Geografi | |
Lokasi | China |
Pemandangan alam yang indah di puncak gunung turut menempatkan sebuah kuil Taoisme purba yang merupakan antara tarikan pelancong yang berkunjung ke situ.[1] Selain itu, Huashan juga mempunyai pelbagai kuil dan struktur keagamaan lain di lereng dan puncaknya. Di kaki gunung terdapat Biara Jade Spring (玉泉院), yang didedikasikan untuk Chen Tuan.[2]
Gunung Huashan sebagai Gunung Curam Pertama Di Bawah Syurga, dan ia terkenal dengan laluan pendakian yang berbahaya di dunia. Gunung Huashan mempunyai lima puncak yang membentuk seperti sekuntum bunga jika dilihat daripada sudut yang berbeza. Kesemua puncak itu mempunyai nama tersendiri iaitu puncak di timur dikenali sebagai puncak matahari, puncak tengah (Puncak Perawan Jade ("Jade Maiden")), puncak barat (Puncak Teratai ("Lotus")) dan puncak utara (Puncak Cloud Terrace). Puncak selatan merupakan puncak yang tertinggi dan paling bahaya di gunung itu.