Gunung Kenya
From Wikipedia, the free encyclopedia
Gunung Kenya adalah sebuah gunung berapi terletak di tengah negara Kenya timur benua Afrika, ia merupakan gunung tertinggi di negara tersebut dan kedua tertinggi di benua Afrika setelah Gunung Kilimanjaro.[4] Negara Kenya sendiri dinamakan dari gunung ini.
Gunung Kenya | |
---|---|
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 5,199 m (17,057 ka) [1] |
Tonjolan | 3,825 m (12,549 ka) [1] Ranked 32nd |
Pengasingan | 323 kilometer (201 bt) |
Senarai | Seven Second Summits Country high point Ultra |
Koordinat | 0°9′03″S 37°18′27″E [1] |
Geografi | |
Peta topo | Pemetaan gunung oleh Wielochowski & Savage[2][3] |
Geologi | |
Jenis gunung | Stratovolkano (jenis mati) |
Letusan terakhir | 2.6–3.1 MYA |
Pendakian | |
Laluan paling mudah | Panjat batu |
Gunung ini muncul kira-kira 3 juta tahun hasil perengkahan benua yang berlaku di kawasan timur Afrika[5] dengan ketinggian awal sebanyak 7,000 meter. Pelitupan air batu selama beribu-ribu tahun berikutnya mengakis curam banyak lereng dan lembah sekeliling puncak ini.[6][7] Lereng-lereng gunung disebut terletaknya hutan pelbagai jenis yang menjadi sumber tadahan air yang penting bagi sebahagian besar negara Kenya.[8] Keluasan 715 km persegi sekitar pusat gunung telah ditetapkan sebagai suatu cagar alam malah disenaraikan sebagai suatu Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1997[9] yang menerima kunjungan lebih daripada 16,000 orang pelawat setiap tahun.[10][8]