From Wikipedia, the free encyclopedia
Hak mengundi (Mal., Sin.) atau hak pilih (Ind., bahasa Inggeris: suffrage ) ditakrifkan sebagai hak sesebuah masyarakat untuk mengundi dalam suatu pilihan raya politik yang umum.[1][2][3]
Hak bertanding untuk sesebuah jawatan kadangkalanya dikenali sebagai "kelayakan calon" (candidate eligibility) manakala gabungan kedua-dua hak mengundi dan bertanding ini dikenali sebagai "hak mengundi penuh" (full suffrage).[4]
Hak mengundi sering diwujudkan daripada pemilihan wakil. Walau bagaimanapun, hak mengundi dipakai secara sama ratanya dalam pungutan suara dan inisiatif. Hak ini tidak hanya menggambarkan hak untuk mengundi di sisi undang-undang tetapi juga persoalan sama ada suatu usul akan dimasukkan dalam sesuatu undian. Penggunaan hak mengundi ini dikurangkan apabila persoalan-persoalan penting diputuskan secara sepihaknya oleh wakil yang diundi atau tidak diundi.
Dalam kebanyakan demokrasi, pengundi yang layak boleh mengundi untuk memilih wakil mereka. Undian dalam isu-isu tertentu mungkin juga boleh disediakan. Semua peringkat pemerintah di Switzerland, pada misalnya, membenarkan cara pemilihan ini. Beberapa (tetapi bukan semua) negeri Amerika Syarikat seperti California and Washington telah melaksanakan kedaulatan bersama (shared sovereignty) masing-masing untuk menawarkan peluang kepada warga-warganya menulis, mengusulkan dan mengundi dalam pungutan suara dan inisiatif tertentu. Pemerintah Amerika Syarikat tidak menawarkan sebarang inisiatif ini secara langsung dalam peringkat persekutuannya.
Hak mengundi diberikan kepada rakyat yang layak apabila mencapai umur layak mengundi. Perkara yang melayakkan rakyat bergantung pada keputusan pemerintah. Penduduk bukan warga sesuatu negara boleh mengundi di beberapa negara yang mungkin dihadkan untuk negara yang saling berkait rapat (misalnya warga-warga Alam Komanwel dan Kesatuan Eropah).[5]
Hak mengundi sejagat terdiri daripada hak untuk mengundi tanpa sekatan disebabkan jantina, bangsa, status sosial, tahap pendidikan atau kekayaan. Hak mengundi jenis ini biasanya tidak dilanjutkan kepada semua penduduk di wilayah; perbezaan sering dibuat dalam hal kewarganegaraan, umur, dan kadangkalanya keupayaan mental atau kesalahan jenayah.
Hak ini menggambarkan hak golongan wanita untuk mengundi.[6]
Koloni New Zealand milik British menjadi negara yang berpemerintah sendiri pertama memberikan hak mengundi kepada semua wanta dewasa pada tahun 1893. Pada tahun 1894 pula, wanita di Australia Selatan mendapat hak mengundi serta juga bertanding dalam Parlimen. Duci Besar Finland yang berautonomi dalam Empayar Rusia merupakan negara yang pertama yang membenarkan semua wanita mengundi dan bertanding dalam parlimen negara tersebut.[7]
Hak jenis ini mewajibkan warga yang layak untuk mengundi di sisi undang-undang. Sebanyak 32 buah negara mengamalkan hak ini.[8]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.