dewa agama Hindu From Wikipedia, the free encyclopedia
Hanoman (Jawi: هنومن) atau Handoman[1] (Jawi: هندومن, bahasa Sanskrit: हनुमान् Hanumān), juga dikenali sebagai Andoman atau Maruti , ialah antara watak yang dikenali di kalangan penganut agama Hindu serta antara peranan terpenting didalam Puisi epik India, Hikayat Ramayana (dikenali sebagai Seri Rama didalam dunia Melayu). Pencapaiannya yang termasyhur, sebagaimana diceritakan dalam puisi Ramayana, ialah mengepelai sepasukan monyet untuk berperang dengan Rawana (atau Maharaja Wana), raja syaitan. Hanuman juga dikenali sebagai Bajrang (dari Sanskrit, Vajranga) kerana badannya sekeras vajra (Sanskrit untuk "petir" atau "intan"). Sebagai anak kepada Anjana, Hanuman juga dikenali sebagai Anjaneya yang membawa maksud "berasal daripada Anjana".
Teks Hindu |
Śruti
Smriti
|
Menurut legenda, Hanuman dilahirkan oleh Anjana yang merupakan apsara (bidadari) yang bernama Punjikasthala. Diakibatkan oleh suatu sumpahan, Punjikasthala dilahirkan semula ke dunia sebagai seorang monyet. Bagaimanapun, sumpahan itu hilang sebaik sahaja Anjana melahirkan jelmaan dewa Siwa.[2] Tempat kelahiran Hanuman tidak dapat dipastikan, dengan tempat-tempat yang berikut merupakan tempat yang mungkin:
Terdapat juga pelbagai kisah yang berbeza tentang kelahiran Hanuman:
Sri Aurobindo mengatakan bahawa "vanara" tidak merujuk kepada "monyet" ringkasannya: Prajapati menjelma sebagai jelmaan Wisnu Upendra di dalam haiwan (Pashu) yang empat Manu telahpun dijelmakan. Vanara, manusia pertama yang muncul dalam Kalpa ini bukannya beruk tetapi manusia dengan sifat beruk, iaitu manusia primitif seperti Homo erectus.
Rujukan kepada Hanuman dalam kesusasteraan klasik boleh dijumpai seawal abad ke-5 SM hingga abad ke-1 SM dalam Astadhyayi yang dikarang oleh Panini, Abhiseka Nataka, Pratima Nataka, dan Raghuvamsa (Kālidāsa).
Terdapat banyak tokoh yang mendakwa mereka pernah melihat Hanuman pada zaman moden, khususnya Madhvacharya (abad ke-13), Tulsidas (abad ke-16), Sri Ramdas Swami (abad ke-17), Raghavendra Swami (abad ke-17), dan Swami Ramdas (abad ke-20). Orang-orang yang lain juga menyatakan kehadirannya di mana-mana sahaja Hikayat Ramayana dibaca.
यत्र यत्र रघुनाथ कीर्तनम् तत्र तत्र क्रित मस्तक अन्जलिं बष्पावरी परीपूर्ण लोचनम् मारुतिं नमश्च राक्षस अंतकम्।
yang membawa pengertian:
Bahawa di mana-mana sahaja perbuatan Sri Rama dinyanyikan,
Di semua tempat itulah yang akan Hanuman titiskan air mata kasih sayang dan kegembiraan,
Di semua tempat itulah yang akan kehadhirannya menghapuskan ketakutan terhadap syaitan.
Ini juga boleh didapati di dalam banyak teks yang lain seperti Vinaya Patrika oleh Tulsidas, Mahabharata oleh Ved Vyasa, Anand Ramayan, dan banyak teks yang lain, dengan sedikit perbezaan dalam bahasa/ayat. Juga di tempat-tempat yang upacara suci Ramayanpath diadakan, terdapat puja dan ruang (atau asan) khusus yang dikhaskan untuk Hanuman.
Adalah dipercayai bahawa dalam zaman Kali Yuga ini, terdapat tiga kuasa yang Jagrit, iaitu aktif daripada segi kesedaran:
Ketiga-tiga kuasa itu adalah serupa. Bagaimanapun, fakta bahawa semasa salah satu puisi doha Shree Hanuman Chalisa, Maa Sita berkata, "Asth sidhi Nau nidhi ke data, as bar din Janaki Mata" (kuasa Dewi juga diberikan kepada Hanuman dan menyebabkannya menjadi Jagrit yang paling berkuasa antara semua).
Tenaga Hanuman tak Terhingga dan sebagai Tuan Marikh, (dengan salah satu contoh unggul merupakan darah di dalam badan manusia), gita puja yang berikut dibaca agar dilimpahi rahmat Hanuman:
" Laal Deh Lali lase, Arudhar Lal Langoor, Vajra deh danav dalan, jai jai jai kapi sur."
Masyarakat Melayu Kedah pernah percaya kepada kewujudan suatu "hantu doman" (Jawi: هنتو دومن) yang terilham daripada dewa ini tetapi tampil berkepala anjing atau kuda.[6][7]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.