Harga minyak Malaysia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Harga minyak Malaysia dikawal dan diberi subsidi oleh kerajaan Malaysia. Setakat 2008, kerajaan membelanjakan AS$14 bilion untuk subsidi petrol, diesel dan gas asli setiap tahun.[1] Sementara pada 2013, jumlah ini telah menurun menjadi RM24.8 bilion (~USD7.6 bilion).[2] Oleh sebab Malaysia juga merupakan negara pengeluar petroleum, sebarang kesan kenaikan harga minyak di pasaran dunia dapat dihad dan dikawal sedikit sebanyak.