Hargeisa
From Wikipedia, the free encyclopedia
Hargeisa (bahasa Somali: Hargeysa) ialah sebuah kota di barat laut Somalia yang merupakan ibu kota serta bandar terbesar Republik Somaliland. Sebelum terbentuknya Somalia, Hargeisa menjadi ibu kota jajahan Somaliland British.
Hargeisa
| |
---|---|
Ibu kota | |
Koordinat: 9°33′47″N 44°4′3″E | |
Negara | Somaliland |
Kawasan | Maroodi Jeex |
Daerah | Hargeisa |
Pentadbiran | |
• Datuk Bandar | Abdikarim Ahmed Mooge[1][2] |
Keluasan | |
• Jumlah | 128 km2 (49 batu persegi) |
Aras | 1,334 m (4,377 ft) |
Penduduk (2019)[3] | |
• Jumlah | 1,200,000 |
• Kepadatan | 1,600/km2 (3,000/batu persegi) |
Demonim | Hargeysaawi هرجيساوي |
Zon waktu | UTC+3 (Waktu Afrika Timur) |
Kod kawasan | +252 |
Laman sesawang | dhhgov.org |
Pada 1988, pasukan Somalia menghancurkan kota ini susulan maraknya aktiviti puak pemberontak berpangkalan utara Somalia pada awal perang saudara Somalia. Namun begitu, situasi di Hargeisa beransur-ansur pulih. Dana pembangunan kembali kota Hargeisa kebanyakan berasal dari wang kiriman penduduknya yang bekerja di luar negara, tidak seperti kawasan lain di Afrika yang berasaskan bantuan antarabangsa, yang tidak dapat digunakan memandangkan Somaliland tidak diperakui sebagai negara berdaulat oleh kelompok antarabangsa secara am.