Hari Kamehameha
From Wikipedia, the free encyclopedia
Hari Kamehameha yang jatuh pada 11 Jun merupakan hari cuti umum negeri Hawaii di Amerika Syarikat. Hari ini memperingati Kamehameha Agung, raja yang menubuhkan kerajaan bersatu Hawaii yang terdiri daripada Kepulauan Hawaii iaitu Ni'ihau, Kauaʻi, Oʻahu, Molokaʻi, Lānaʻi, Kahoʻolawe, Maui dan Hawaiʻi. Kamehameha dikenali sebagai Napoleon Pasifik kerana pencapaiannya dalam peperangan dan diplomasi.
Fakta Segera Diraikan oleh/di, Kepentingan ...
Hari Kamehameha | |
---|---|
Diraikan oleh/di | Hawaii |
Kepentingan | Penyatuan Hawaii oleh Kamehameha I. |
Sambutan | Majlis Draping, Perarakan Pa‘u, Ho‘olaule‘a, karnival, pesta ria, dan pertandingan |
Upacara | cuti: Pekerja negeri dan bandar, Sekolah |
Tarikh | Jun 11 |
Kekerapan | setiap tahun |
Tutup
Hari Kamehameha diisytiharkan oleh Kamehameha V (pada 22 Disember 1871) sebagai hari untuk memperingati datuknya Kamehameha I.[1] Ia mula disambut tahun berikutnya.