Hari Pemerintahan Sendiri Borneo Utara
From Wikipedia, the free encyclopedia
Hari Sabah atau Hari Kemerdekaan Sabah ialah hari pemerintahan sendiri yang pertama kali disambut pada 31 Ogos 1963 dan sepatutnya disambut pada 31 Ogos setiap tahun di Sabah, di Malaysia [5] ([Note 1]).[6][7][8], Hari Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ialah pada 31 Ogos 1957. Oleh itu tarikh cuti tahunan 31 Ogos sempena Hari Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang pada hari ini dikenali sebagai Hari Kebangsaan Malaysia bertindih dengan tarikh Hari Kemerdekaan Sabah, persoalan bertindih ini diselesaikan pada Tahun 2023 dengan sambutan Hari Kebangsaan pada masa pagi, di Kota Kinabalu dan sambutan Hari Sabah pada masa 3 Petang, di Tambunan, pada tarikh yang sama iaitu 31 Ogos [9][10][11][12].
Hari Pemerintahan Sendiri Borneo Utara/Hari Sabah | |
---|---|
Nama rasmi | Hari Sabah [1] |
Diraikan oleh/di | Sabah |
Jenis | Wilayah |
Kepentingan | Menandakan penubuhan pemerintahan sendiri dan kemerdekaan de-facto di Borneo Utara |
Tarikh | 31 Ogos [2][3] |
Kekerapan | tahunan [4] |
Berkaitan dengan | Hari Kebangsaan Malaysia, Hari Kemerdekaan Sarawak, Hari Malaysia |
Hanya sejak tahun 2012, cuti itu telah diterima banyak oleh Kerajaan Sabah dan rakyat Sabah sebagai Hari Kebangsaan Khas Sabah, sebab bagi sesetengah Rakyat Sabah dan Ahli Politik Sabah, menganggap Hari Merdeka itu bukan hak hari perayaan bagi negeri ini.[13][14][15][16][17] Pada tahun 2018, Yayasan Warisan Borneo (BHF) telah menyeru kepada kerajaan negeri untuk mewartakan hari tersebut sebagai "Hari Sabah" dan mengisytiharnya sebagai hari cuti.[18]