Hidetoshi Nakata
Pemain bola sepak / From Wikipedia, the free encyclopedia
Hidetoshi Nakata, Cavaliere OSSI (Jepun: 中田 英寿, Hepburn: Nakata Hidetoshi, lahir 22 Januari 1977 di Wilayah Yamanashi), merupakan bekas pemain bola sepak Jepun. Beliau dianggap sebagai salah seorang pemain bola sepak Asia paling terkenal dari generasinya.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Tarikh lahir | (1977-01-22) 22 Januari 1977 (umur 47) | ||
Tempat lahir | Kofu, Yamanashi, Jepun | ||
Ketinggian | 5 ft 9 in (1.75 m) | ||
Posisi permainan | Pemain tengah | ||
Kerjaya remaja | |||
1986–1989 | Hokushin Boys Soccer Club | ||
1989–1992 | Kofu Kita Jr. H.S. | ||
1992–1995 | Nirasaki H.S. | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1995–1998 | Bellmare Hiratsuka | 85 | (16) |
1998–2000 | Perugia | 48 | (12) |
2000–2001 | Roma | 30 | (5) |
2001–2004 | Parma | 67 | (5) |
2004 | → Bologna (pinjaman) | 17 | (2) |
2004–2006 | Fiorentina | 20 | (0) |
2005–2006 | → Bolton Wanderers (pinjaman) | 21 | (1) |
Jumlah | 288 | (41) | |
Pasukan kebangsaan | |||
1991–1993 | Jepun B-17 | 6 | (2) |
1994–1995 | Jepun B-20 | 12 | (6) |
1995–2000 | Jepun B-23 | 12 | (3) |
1997–2006[1] | Jepun | 77 | (11) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Nakata memulakan karier professionalnya pada tahun 1995 dan memenangi Pemain Terbaik Tahunan Konfederasi Bola Sepak Asia pada tahun 1997 dan 1998, Scudetto bersama A.S. Roma pada tahun 2001, bermain untuk Jepun di tiga pertandingan Piala Dunia FIFA (1998, 2002 dan 2006) dan bermain dalam Sukan Olimpik dua kali (1996 dan 2000). Pada tahun 2005, beliau dijadikan Knight of the Order of the Star of Italian Solidarity, salah satu daripada penghormatan tertinggi Itali, kerana meningkatkan imej negara itu di negara luar.[2] Nakata juga terlibat dalam fesyen, kerap hadir ketika pertunjukan runway dan memakai pakaian berjenama terkenal.
Nakata mengumumkan persaraan ketika berumur 29 tahun pada 3 Julai 2006 selepas sepuluh tahun karier termasuk tujuh musim dalam liga Itali, Serie A dan satu musim dalam Liga Perdana Inggeris. Pada bulan Mac 2004, Pelé menamakan Nakata dalam FIFA 100.