Hong Kong
Wilayah Pentadbiran Khas di China / From Wikipedia, the free encyclopedia
Hong Kong (Cina: 香港) secara rasmi Kawasan Pentadbiran Khas Hong Kong (Cina: 香港特别行政区),[6], adalah sebuah wilayah di Republik Rakyat China, menghadap Guangdong di utara dan Laut China Selatan di timur, barat dan selatan. Hong Kong ialah metropolitan global dan pusat kewangan, dan mempunyai satu ekonomi kapitalis sangat maju. Di bawah polisi "satu negara dua sistem",[7] dan berdasarkan pada Basic Law, ia mempunyai "kuasa autonomi tinggi" dalam keseluruhan aspek kecuali hal-ehwal luar negeri dan pertahanan, yang merupakan tanggungjawab Kerajaan PRC.[8] Hong Kong memelihara mata wang sendirinya, sistem perundangan, sistem politik, kuasa imigresen, peraturan lalu lintas dan aspek lain yang berkaitan cara hidup mereka,[8] yang mana adalah banyak berlainan daripada Tanah Besar China.[9][10][11][12]
Kawasan Pentadbiran Khas Hong Kong (هوڠ كوڠ) ويلايه ڤنتدبيرن خاص هوڠ کوڠ 香港特別行政區code: zh is deprecated Hong Kong Special Administrative Regioncode: en is deprecated | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Lagu kebangsaan: Barisan Para Sukarelawan | |||||
Bahasa rasmi | Bahasa Cina (Bahasa Kantonis berfungsi sebagai bahasa umum dalam semua bidang harian Inggeris[1] | ||||
Kerajaan | Kawasan Pentadbiran Khas Republik Rakyat China | ||||
John Lee | |||||
Badan perundangan | Dewan Perundangan | ||||
Penubuhan | |||||
29 Ogos 1842 | |||||
• Pendudukan Jepun | 25 Disember 1941 – 15 Ogos 1945 | ||||
1 Julai 1997 | |||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 1,104 km2 (426 bt2) (ke-179) | ||||
4.6 | |||||
Penduduk | |||||
• Perkiraan 2008 | 6,985,200[2] (ke-98) | ||||
• Bancian Penduduk 14 Mac 2001 | 6,708,389 | ||||
6,054.5/km2 (15,681.1/sq mi) (ke-4) | |||||
KDNK (PPP) | 2008 | ||||
• Jumlah | $293.311 bilion[3] (ke-38) | ||||
$44,413[3] (ke-10) | |||||
KDNK (nominal) | 2008 | ||||
• Jumlah | US$223.764 bilion[3] (ke-37) | ||||
US$31,849[3] (ke-27) | |||||
Gini (2007) | 43.4[4] Ralat: Nilai Gini tidak sah | ||||
HDI (2010) | ▲ 0.942[5] Ralat: Nilai IPM tidak sah · 21 = | ||||
Mata wang | Dolar ( HKD ) | ||||
Zon waktu | UTC+8 (HKT) | ||||
Bahagian memandu | left | ||||
Kod panggilan | +852 | ||||
Kod ISO 3166 | HK | ||||
DPT internet | .hk |
Bermula sebagai sebuah pelabuhan perdagangan, Hong Kong menjadi tanah jajahan United Kingdom pada 1842. Ia diklasifikasikan semula sebagai sebuah wilayah yang bergantung kepada British pada 1983 sehingga penyerahan kedaulatan kepada Republik Rakyat China pada 1997.[13][14] Terkenal untuk latar langitnya yang hebat dan pelabuhan semula jadi yang dalam, identitinya sebagai sebuah pusat kosmopolitan di mana Timur bertemu Barat dicerminkan dalam masakan, pawagam, muzik dan tradisinya.[15] Jumlah penduduk bandar raya ialah 95% etnik Han dan 5% lain.[16] Dengan populasi 7 juta penduduk dan luas kawasan tanah 1,054 km2 (407 sq mi), Hong Kong ialah satu daripada kawasan berpenduduk paling padat dalam dunia.[17]
Templat:Toclimit