From Wikipedia, the free encyclopedia
Sir Hugh Low, GCMG[1][2] (10 May 1824 – 18 April 1905) merupakan seorang pegawai jajahan dan naturalis British. Beliau menduduki Labuan sebagai seorang pentadbir sebelum berpindah ke Semenanjung Tanah Melayu sebagai Residen Perak.[3]
Sir Hugh Low GCMG | |
---|---|
Residen Perak ke-4 | |
Dalam jawatan 1 April 1877 – 31 Mei 1889 | |
Didahului oleh | James G. Davidson |
Digantikan oleh | Frank A. Swettenham |
Gabenor Labuan | |
Dalam jawatan 1866–1867 | |
Didahului oleh | Thomas Fitzgerald Callaghan |
Digantikan oleh | John Pope Hennessy |
Butiran peribadi | |
Lahir | Upper Clapton, United Kingdom | 10 Mei 1824
Meninggal dunia | 18 April 1905 80) Alassio, Italy | (umur
Pasangan |
|
Anak-anak | Hugh Brooke Low Catherine Elizabeth Low |
Bapa | Hugh Low Sr. |
Saudara | Stuart Low (adik) |
Pelaksanaan dasar-dasar pemerintahan beliau yang berjaya banyak mempengaruhi cara pentadbiran British di jajahan rantau Nusantaranya.[3] Beliau terkenal sebagai pelopor usaha perkebunan pokok getah di kepulauan ini yang mempengaruhi ekonomi setempat Tanah Melayu pada abad-abad berikutnya. Beliau turut merupakan orang pertama melakukan percubaan mendaki Gunung Kinabalu semasa jawatannya di Borneo tahun 1851; puncak tertinggi di gunung ini yakni Puncak Low (Low's Peak) dinamakan sempena beliau.[3][4]
Beliau mempelajari bahasa Melayu sehingga fasih sepanjang jawatannya di sana, pada ketika ini juga beliau menggiat dalam penyelidikan alam sekitar bersaing dengan James Motley.[5][6]
Pada ketika ini beliau mengambil peluang mendaki Gunung Kinabalu yang dianggap suci kepada masyarakat Dusun setempat. Beliau melakukan pendakian pertamanya pada Mac 1851 ditemani seorang pemandu untuk mempersembahkan korban bagi menenangkan jiwa roh-roh nenek moyang mereka, mereka tidak berjaya sampai di puncak dalam percubaan ini.[7] Beliau melakukan percubaan kedua dan ketiganya dengan Konsul Brunei Spenser St. John pada tahun 1858.[5][6][7]
Beliau bersara dari jawatannya pada tahun 1889 dengan baki kredit ditinggalkan sebanyak $1.5 juta.[8][9]
Beliau meninggal dunia pada 18 April 1905 di Alassio, Itali.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.