From Wikipedia, the free encyclopedia
Ideal Sisters merupakan sebuah kumpulan penyanyi wanita Singapura. Kumpulan ini terkenal menerusi single hits mereka, "Hanya Sekali" yang menjulang nama mereka pada era 1980-an.
Ideal Sisters | |
---|---|
Berasal dari | Singapura |
Genre | Pop, balada |
Tahun aktif | 1978–1985 |
Syarikat rakaman | PolyGram |
Bekas ahli |
|
Ahli kumpulan ini terdiri daripada pasangan beradik kembar Junaidah dan Junainah Johari serta sepupu mereka iaitu Hazizah Ibrahim.[1] Junaidah ialah isteri kepada penulis lirik terkenal S. Amin Shahab manakala Junainah ialah isteri kepada seniman ternama M. Nasir.
Ideal Sisters ditubuhkan pada 1978 setelah mereka memenangi pertandingan pencarian bakat di sekolah mereka, Sekolah Menengah Outram, kemudian ditawarkan membuat persembahan di beberapa majlis.[2] Kumpulan ini pertama kali muncul di khalayak ramai ketika kugiran The Mercy dari Indonesia membuat persembahan di Panggung Negara pada Disember tahun yang sama. Kumpulan itu dianggotai oleh dua bersaudara – Junaidah dan Junainah Johari serta sepupu mereka, Hazizah Ibrahim. Persembahan mereka mendapat perhatian beberapa promoter dan pihak Perbadanan Penyiaran Singapura (SBC).[2]
Mereka kemudian berkongsi pentas bersama penyanyi wanita Indonesia, Diana Nasution di konsert penyanyi itu yang berlangsung pada 8 September 1979 di Stadium Jurong.[1] Selain itu, trio itu juga diberi peluang mengiringi persembahan Donnie & Marie Show. Bakat mereka berjaya dihidu oleh PolyGram, yang kemudian menawarkan mereka peluang merakamkan piring hitam (LP).[2] Album sulung Ideal Sisters, Mempersembahkan dikeluarkan pada Januari 1981 dalam format piring hitam dan kaset. Antara lagu yang dikeluarkan sebagai single ialah "Patah Hati", "Joget Gadis Sekarang" dan "Pencarian".[3][4]
Di bawah bimibingan M. Nasir, Ideal Sisters merakamkan album kedua yang mana Nasir berkhidmat sebagai penerbit album.[5] Album kedua mereka, Angin dikeluarkan pada Mei 1982.[6] Single pertama yang dikeluarkan untuk album ini ialah "Hanya Sekali" yang berjaya menjulang nama Ideal Sisters sekaligus mendapat putaran meluas di stesen-stesen radio Malaysia.[7] Ideal Sisters kemudian melancarkan album ketiga, Cinta Spontan pada awal 1984, sekali lagi mengekalkan M. Nasir sebagai penerbit album. Album ini merupakan album terakhir mereka bersama PolyGram sebelum dibubarkan setahun kemudian.[8][9] Trio ini juga dipelawa menjayakan persembahan di Malaysia termasuk beraksi dalam rancangan Puspawarna terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Selepas tujuh tahun mencipta kejayaan di industri muzik, Ideal Sisters mengambil keputusan untuk berehat dari bidang muzik. Biarpun mengumumkan akan kembali aktif pada tahun berikutnya, kumpulan itu bagaimanapun, menumpukan perhatian kepada komitmen kerjaya dan keluarga. Sejak itu, nama Ideal Sisters mula hilang dari industri muzik dan tidak aktif lagi.[10][11] Junainah meninggal dunia di usia 36 tahun pada Ogos 1998.[12]
Tajuk | Butiran album |
---|---|
Bintang Polygram |
|
Pemberian Di Hari Raya |
|
Tajuk | Tahun |
---|---|
"Patah Hati" | 1981 |
"Joget Gadis Sekarang" | |
"Pencarian" | |
"Angin" | 1982 |
"Hanya Sekali" | |
"Impian Remaja" | 1984 |
"Tinggalkan Curigamu" | |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.