From Wikipedia, the free encyclopedia
Ilir Rexhep Meta (sebutan bahasa Albania: [iliɾ mɛta]; lahir 24 Mac 1969) ialah seorang ahli politik Albania yang berkhidmat sebagai Presiden Albania sejak 24 Julai 2017.[1] Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai Perdana Menteri dari tahun 1999 hingga 2002, dan pada usia 30 tahun, beliau ialah perdana menteri kedua termuda dalam sejarah Albania selepas Zog I yang pada masa itu berusia 27 tahun semasa pilihan rayanya pada tahun 1922. Meta juga berkhidmat sebagai Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dari tahun 2002 hingga 2003 dan sekali lagi dari tahun 2009 hingga 2010. Beliau merupakan Pengerusi Parlimen Albania dari tahun 2013 hingga 2017.[2] Meta juga memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Ekonomi, Perdagangan, dan Tenaga. Sebelum itu, beliau memegang jawatan Pengerusi Suruhanjaya Parlimen Persepaduan Eropah. Meta mengasaskan Gerakan Sosialis untuk Persepaduan (LSI) pada tahun 2004.
Tuan Yang Terutama Ilir Meta GOKT | |
---|---|
Presiden Albania | |
Memegang jawatan 24 Julai 2017 | |
Perdana Menteri | Edi Rama |
Didahului oleh | Bujar Nishani |
Perdana Menteri Albania ke-31 | |
Dalam jawatan 29 Oktober 1999 – 29 Januari 2002 | |
Presiden | Rexhep Meidani |
Didahului oleh | Pandeli Majko |
Digantikan oleh | Pandeli Majko |
Speaker Parlimen ke-41 | |
Dalam jawatan 10 September 2013 – 24 Julai 2017 | |
Didahului oleh | Jozefina Topalli |
Digantikan oleh | Valentina Leskaj (Pemangku) |
Menteri Hal Ehwal Luar Negeri ke-47 | |
Dalam jawatan 17 September 2009 – 17 September 2010 | |
Perdana Menteri | Sali Berisha |
Didahului oleh | Lulzim Basha |
Digantikan oleh | Edmond Haxhinasto |
Dalam jawatan 31 Julai 2002 – 18 Julai 2003 | |
Perdana Menteri | Fatos Nano |
Didahului oleh | Arta Dade |
Digantikan oleh | Luan Hajdaraga (Pemangku) |
Butiran peribadi | |
Lahir | Çorovodë, Skrapar, Albania | 24 Mac 1969
Parti politik | Bebas (2017–sekarang) |
Sekutu gabungan politik lain | Parti Sosialis (1990–2004) Gerakan Sosialis untuk Persepaduan (2004–2017) |
Pasangan | Monika Kryemadhi (k. 1998) |
Anak-anak | 3 |
Tandatangan |
Pada 28 April 2017, beliau telah dipilih sebagai Presiden Albania, menerima 87 undi dari 140 Ahli Parlimen.[3]
Beliau ialah penyokong setia Celtic FC, selalu menunjukkan keghairahannya untuk kelab tersebut di media sosial. Pada bulan Julai 2020, beliau mengasaskan Kelab Penyokong Celtic yang pertama sekali di Albania.[4]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.