From Wikipedia, the free encyclopedia
Abu Abdullah Muhammad bin Ismail al-Bukhari (Arab: أبو عبد الله محمد بن إسماعيل البخاري ) (13 Syawal 194H - 1 Syawal 256H) / (20 Julai 810 M - 1 September 870 M), ialah pengarang kumpulan tradisi yang dikumpulkan dalam Sahih Bukhari, yang dianggap oleh Ahli Sunah Waljamaah sebagai hadis sahih daripada Nabi Muhammad SAW. Imam Bukhari (810 – 870) dilahirkan di Bukhara (Bokharä) (kini di Uzbekistan) pada 194 H (810 M).
rencana ini memerlukan perhatian dari seorang pakar berkenaan Islam. (Ogos 2022) |
Cendekiawan Islam Kerajaan Bani Abbasiyah, abad ketiga Hijrah, Zaman Kegemilangan | |
---|---|
Khat bagi nama Imam Bukhari | |
Nama: | Muhammad bin Ismail al-Bukhari |
Gelaran: | Amirul Mukminin fil Hadis |
Lahir: | Jumaat 13 Syawal 194 H bersamaan dengan 20 Julai 810 M Bukhara, berdekatan dengan Samarkand |
Wafat: | Malam 1 Syawal 256 H bersamaan dengan 1 September 870 M Khartank (Samarkand, Uzbekistan) |
Mazhab: | Mujtahid, Shafii, Ahli Sunah Waljamaah, |
Etnik: | Parsi (Iran) |
Rantau: | Empayar Parsi |
Bidang: | Hadis |
Karya: | Sahih Bukhari, al-Adab al-Mufrad |
Pengaruh: | Imam Muslim, Imam Tirmidzi, Ibnu Khuzaimah, Abu al-Qasim al-Baghawi, Ibn Hajar al-Asqalani |
Diilhami: | Ahmad ibn Hanbal, Ali bin al-Madini, Yahya bin Ma'in, Ishak bin Rahwayh, al-Dakhili, Imam Mahmud bin An-Nadhir Abu Sahl Al-Syafii |
Imam al-Bukhari dilahirkan pada 13 Syawal 194 Hijrah di bandar Bokhara, di bahagian timur negeri Uzbekistan. Bapanya meninggal dunia semasa beliau masih kanak-kanak, dan ibunya membesarkan beliau bersendirian. Ibunya memelihara dan mendidiknya dengan penuh ihsan serta berkorban untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada beliau.
Semasa kecil lagi, nilai intelek Imam Bukhari telah teserlah. Beliau amat warak dan mempunyai daya ingatan yang luar biasa serta mempunyai kesungguhan dalam pelajarannya. Diriwayatkan bahawa ketika di dalam belasan tahun, beliau sudah menghafal 70,000 hadis Rasulullah SAW
Ketika berumur 16 tahun, Imam Bukhari pergi ke Makkah bersama ibunya untuk menunaikan Haji. Imam Bukhari terlalu seronok berada di Makkah sehinggakan beliau memanjangkan tempoh lawatan di Makkah untuk membolehkan beliau berguru dengan cendekiawan di Makkah. Pada umur 18 tahun, Imam Bukhari menerbitkan bukunya yang pertama mengenai sahabat-sahabat Rasulullah SAW, dan selepas itu buku sejarah bertajuk "Al-Tarikh-al-Kabir".
Imam Bukhari amat meminati sejarah dan hadis-hadis Rasulullah SAW dan menumpukan banyak tenaga bertemu dan belajar dengan cendekiawan yang terulung untuk mempelajari dan membahaskan hadis Rasulullah. Imam Bukhari melawat Damsyik, Kaherah, Baghdad, Basra, Madinah dan tempat-tempat lain untuk belajar dan membincangkan hadis-hadis yang dipelajari. Semasa di Baghdad, Imam Bukhari selalu berbincang dengan Imam Ahmed Hanbal, pengasas fahaman (mazhab) Hanbali.
Semasa pengembaraannya, Imam Bukhari hanya mempunyai satu matlamat – mengumpulkan seberapa banyak ilmu yang mungkin boleh dikumpul untuk membolehkan beliau membuat pengumpulan yang terbesar sunah hadis Rasulullah SAW. Beliau begitu giat menulis, dan pada satu ketika berkata "Saya sudah menulis mengenai 1800 orang, setiap satunya meriwayatkan hadis Rasulullah SAW, dan saya hanya menulis mengenai mereka yang lulus ujian yang ditetapkan."
Imam Bukhari mempunyai ingatan yang mengkagumkan dan sumbangannya terhadap sains pengumpulan hadis tidak dapat ditandingi. Beliau merakamkan hadis Rasulullah SAW dalam buku "Al-Jami-al-Sahih”. Dia membuat penyelidikan selama 16 tahun dan meneliti 600,000 buah hadis sebelum memilih 7,525 buah hadis yang beliau berpuas hati menepati takrif kesahihan yang beliau tetapkan.
Kepopularan Iman Bukhari menimbulkan perasaan iri hati di kalangan beberapa orang ulama yang akhirnya mengakibatkan beliau diusir dari bumi Bokhara oleh Gabenornya. Beliau meninggal dalam buangan pada malam Aidilfitri dalam tahun 256 Hijrah di Khartank dekat Samarkand. Diarkibkan 2006-11-05 di Wayback Machine Makam Iman Bukhari terletak 12 kilometer di utara Samarkand.
|title=
(bantuan)Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.