Ishak Haji Muhammad
penulis Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Dato' Ishak Haji Muhammad (14 November 1909 – 7 November 1991) atau lebih dikenali sebagai Pak Sako merupakan seorang penulis yang giat menulis sekitar tahun 1930-an sehingga 1950-an. Ishak Haji Muhammad ialah seorang nasionalis negara. Kelibatnya bermula pada era sebelum kemerdekaan dan pascamerdeka. Gagasan yang ingin diperjuangkan oleh Pak Sako ialah penyatuan Melayu Raya yang mana Indonesia, Malaysia dan Brunei disatukan dalam satu serumpun.
Rencana ini mengandungi senarai rujukan, bacaan berkaitan atau pautan luar, tetapi sumbernya masih tidak jelas kerana kekurangan petikan dalam baris. (November 2017) |
Fakta Segera Yang Hormat Dato' Dr (HC)Ishak Haji Muhammad DIMP (Pahang); HonDLitt (UM), Kelahiran ...
Yang Hormat Dato' Dr (HC) Ishak Haji Muhammad DIMP (Pahang); HonDLitt (UM) | |
---|---|
Kelahiran | 14 November 1909 |
Meninggal dunia | 7 November 1991(1991-11-07) (umur 81) Kampung Jawa, Hulu Langat, Selangor |
Nama lain | Pak Sako |
Terkenal kerana | penerima anugerah Pejuang Sastera |
Tutup
Jangan dikelirukan dengan Ishak Muhamad.
Pak Sako sebenarnya ialah julukan kepada nama Isako-san yang dipanggil orang-orang Jepun. Pak Sako juga dikenali juga dengan nama samaran seperti Anwar, Hantu Raya, Isako San dan Pandir Moden.[perlu rujukan]