Penduduk Islam Belanda adalah pelbagai. Salah satu kumpulan pertama yang menubuhkan sebuah tempat tetap di Belanda adalah orang-orang yang berasal dari Indonesia. Pada waktu itu, Indonesia adalah tanah jajahan Belanda dan orang-orang dari Indonesia dibenarkan untuk belajar di Belanda.

Pada dekad-dekad 1970-an dan 1980-an, Belanda memerlukan tenaga kerja yang lebih besar dan terpaksa mencarikannya di luar sempadan. Orang-orang dari Turki, Maghribi, Algeria, dan sebilangan negara Islam yang lain dibenarkan tinggal di Belanda secara sementara. Bagaimanapun, kebanyakan mereka tinggal secara tetap dan memulakan kehidupan yang baru di negara ini. Oleh itu, komuniti Islam di Belanda berkembang dengan ketara.

Sebuah tinjauan pendapat terkini oleh Motivaction/GPD yang melibatkan 1,200 orang dewasa Belanda (+/- 3%) mendapati bahawa pada bulan Mei 2006, 63% daripada warganegara Belanda berasa bahawa agama Islam adalah tidak secocok dengan kehidupan Eropah moden. [1]


Keadaan demografi

Menurut Biro Statistik Pusat (CBS), sebuah syarikat kerajaan Belanda, 5.8% daripada jumlah penduduk Belanda adalah Muslim (1 Januari 2004):

"Terdapat 945,000 orang Muslim yang tinggal di Belanda pada 1 Januari tahun ini (2004), dua kali lebih banyak daripada jumlahnya pada tahun 1990, Biro Statistik Pusat (CBS) berkata hari Isnin. Bilangan ini dijangka akan mencapai 1 juta pada tahun 2006...."
"Komuniti Islam terdiri daripada 5.8% jumlah penduduk Belanda pada 1 Januari 2004 dan bilangannya akan bertambah pada tahun-tahun yang akan datang. CBS menjangka bahawa bilangan Muslim di Belanda akan melebihi sejuta orang pada tahun 2006." [2] [3]

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.