![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/b/b5/Jallianwala_Bagh%252C_Amritsar_01.jpg/640px-Jallianwala_Bagh%252C_Amritsar_01.jpg&w=640&q=50)
Jallianwala Bagh
From Wikipedia, the free encyclopedia
Jallianwala Bagh [jal-li-an-wa-la bagh] (Bahasa Panjabi: ਜਲਿਆਂਵਾਲਾ ਬਾਗ਼/جالیاں والا باغcode: pa is deprecated , Hindi: जलियांवाला बाग़code: hi is deprecated [1]) ialah sebuah taman awam berkeluasan 6.5-ekar (26,000 m2) dalam pekarangan Harmandir Sahib iaitu tempat paling suci dan utama penganut agama Sikh di bandar Amritsar, negeri Punjab, India.
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/b/b5/Jallianwala_Bagh%2C_Amritsar_01.jpg/640px-Jallianwala_Bagh%2C_Amritsar_01.jpg)
Ia menempatkan sebuah tapak memperingati insiden pembunuhan beramai-ramai oleh Tentera India British arahan Brigadier Jeneral Reginald E. H. Dyer[2][3] yang menembak balas ratusan penziarah (termasuk wanita dan anak-anak) yang membuat tunjuk perasaan aman pada 13 April 1919 sempena keraian Vaisakhi pada ketika itu.[1] Tapak tersebut diuruskan sebuah yayasan khusus termaktub dalam Akta Peringatan Kebangsaan Jallianwala Bagh (Jallianwala Bagh National Memorial Act) 1951.[4]