From Wikipedia, the free encyclopedia
Jean-Paul Marat (disebut ʒɑ̃pɔl maʁa sebutan terdekat jong.pol ma.ra], 24 Mei 1743 – 13 Julai 1793) ialah seorang saintis dan pakar teori politik dari Perancis.[1] Beliau merupakan antara tokoh radikal dalam Revolusi Perancis dan beliau menghujahkan banyak buah fikiran yang memperjuangkan kelas kebanyakan melalui penulisannya dalam akhbar dan makalah.
Jean-Paul Marat | |
---|---|
Wakil Sidang Kebangsaan Perancis | |
Dalam jawatan 20 September 1792 – 24 April 1793 | |
Kawasan pilihan raya | Paris |
Butiran peribadi | |
Lahir | Boudry, Kerajaan Neuchâtel, Prusia (kini Switzerland) | 24 Mei 1743
Meninggal dunia | 13 Julai 1793 50) Paris, Perancis | (umur
Sebab kematian | Pembunuhan |
Parti politik | Club des jacobins (1789–1790) Clubs des Cordeliers (1790–1793) |
Pasangan | fr: Simone Evrard |
Ibu bapa | Jean Mara, Louise Cabrol |
Alma mater | University of St. Andrews, MD |
Pekerjaan | Wartawan, ahli politik, doktor, ahli sains |
Tandatangan |
Kematiannya dalam keadaan yang mengerikan menjadi suatu titik perjuangan pihak Jacobin sehingga beliau dijadikan suatu martir oleh kelompok tersebut.
Jean-Paul Marat lahir di Boudry, Kerajaan Neuchâtel (kini dalam Switzerland) pada 24 Mei 1743.[2] Beliau merupakan anak kedua dari sembilan adik-beradik; ayahnya Jean Mara (Giovanni Mara) seorang agamawan kelahiran Cagliari, Sardinia, manakala ibunya Louise Cabrol seorang penganut Huguenot dari Castres.
Bahagian ini kosong. Anda boleh bantu dengan menambah isi bahagian ini. |
Pada bulan Januari 1789, belliau menerbitkan Offrande à la Patrie (Usulan kepada Tanah Air) yang bertujuan sebagai suatu kesinambungan kepada risalah "Qu'est-ce que le Tiers État?" ("Apakah itu Estet Ketiga?") nukilan Abbé Sieyès menyahut soalan Jacques Necker terhadap penadapat orang ramai mengenai keadaan pengurusan Estates-General.[3] Ini dituruti dengan suatu karya berjudul "Supplément de l'Offrande" pada bulan Mac serta La Constitution, ou Projet de déclaration des droits de l'homme et du citoyen ("Projek mengisytiharkan hak-hak asasi manusia dan rakyat") pada bulan Julai yang bertujuan memberi pengaruh kepada penggubalan suatu perlembagaan baharu yang bakal dibentangkan dalam Perhimpunan Kebangsaan Perancis ketika itu.[3]
Pada tanggal 12 September 1789, Marat menerbitkan akhbarnya sendiri bertajuk Publiciste parisien yang kemudiannya ditukar nama beberapa hari kemudian kepada L'Ami du peuple ("Sahabat Rakyat").[4]:19 Marat menggunakan akhbar ini sebagai suatu medan menyanggah dasar-dasar bawaan kelompok yang paling berpengaruh di Paris sampai setinggi menteri-menteri.[5]
Beliau merupakan dalang utama di sebalik suatu pembunuhan beramai-ramai terhadap para banduan penjara serata Paris yang diduga bersubahat dengan pihak penyokong kerajaan. Ratusan puak pengawal serta relawan menyerbu penjara-penjara serata Paris lalu membunuh 1200 hingga 1400 orang tahanan, termasuk 233 paderi Katolik yang ditugaskan di penjara-penjara ini.[6][7]
Marat terpaksa mengundur diri daripada Sidang Kebangsaan akibat menghidap suatu penyakit kulit yang semakin memburuk. Seorang doktor yang menyiasat keadaan Marat, Augustin Cabanès, mengesyaki beliau berkemungkinan menghidap penyakit ekzema akibat komplikasi kencing manis;[8]:277 penyakit kulit lain seperti dermatitis herpetiformis,[9] kudis ataupun dermatitis seborea[10] turut disyaki. Marat lebih bekerja dari rumahnya sejak itu, terutamanya dalam keadaan bermandi dalam air sabun berubat.
Pada 13 Julai 1793, Marat sedang membuat kerja di permandiannya apabila seorang gadis - Marie-Anne Charlotte de Corday d'Armont dari Caen - memperkenalkan dirinya dengan tujuan memberi maklumat mengenai pihak Girondin yang melarikan diri ke Normandy. Isteri Marat teragak-agak mahu mengundangnya masuk, namun Marat membenarkan Charlotte masuk. Charlotte dan Marat mula berbual di mana Charlotte mula memaklumkan keberadaan pihak Girondin dan orang yang terlibat dalam puak tersebut. Marat berseloroh dengan yakin bahawa pihak tersebut akan ditangkap dan dihukum segera dalam masa beberapa minggu. Corday sebaik mendengar maklumat itu mengeluarkan suatu pisau dari korsetnya lalu terus menikam Marat di bahagian jantung menusuk aortanya; Marat terus mati tersungkur di takungan mandinya.[8]:291
Corday ditangkap tidak lama kemudian dan didakwa Tribunal révolutionnaire atas kejadian tersebut - dia didapati merupakan seorang penyokong puak Girondin yang sangat membenci puak Montagnard, terutamanya Marat. Dia dihukum pancung gilotin pada 17 Julai 1793.
Mayat Jean-Paul disemadikan di tanah perkuburan Gereja Saint-Étienne-du-Mont.[11]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.