![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/7/76/Bon_Jovi_at_Madison_Square_Garden_%252833868597862%2529.jpg/640px-Bon_Jovi_at_Madison_Square_Garden_%252833868597862%2529.jpg&w=640&q=50)
Jon Bon Jovi
From Wikipedia, the free encyclopedia
John Francis Bongiovi Jr. (lahir 2 Mac 1962), lebih dikenali sebagai Jon Bon Jovi, ialah penyanyi-penulis lagu, penerbit rakaman, dermawan, dan pelakon Amerika Syarikat. Bon Jovi terkenal sebagai pengasas dan penyanyi kumpulan rock pemenang Anugerah Grammy, Bon Jovi, yang dibentuk pada tahun 1983.
Jon Bon Jovi | |
---|---|
![]() Bon Jovi membuat persembahan pada tahun 2017 | |
Kelahiran | John Francis Bongiovi Jr. (1962-03-02) 2 Mac 1962 (umur 62) Perth Amboy, New Jersey, USA |
Pendidikan | St. Joseph High School Sayreville War Memorial High School |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 1975 - kini |
Ketinggian | 175 cm (5 ka 9 in) |
Pasangan | Dorothea Hurley (k. 1989) |
Anak-anak | 4 |
Ibu bapa | John Francis Bongiovi Sr. Carol Sharkey |
Saudara | Tony Bongiovi (sepupu) |
Kerjaya muzik | |
Genre |
|
Instrumen |
|
Syarikat rakaman |
|
Pengkarya berkait |
|
Laman web rasmi | bonjovi |
Bon Jovi telah mengeluarkan 14 album studio bersama kumpulannya; Sehingga kini, kumpulan ini telah menjual lebih daripada 130 juta album di seluruh dunia. Bon Jovi juga telah menerbitkan dua album solo. Pada tahun 1990-an, Bon Jovi memulakan kerjaya lakonan, membintangi dalam filem-filem Moonlight and Valentino dan U-571 dan muncul di televisyen di Sex and the City, Ally McBeal dan The West Wing.
Sebagai penulis lagu, Bon Jovi telah dimasukkan dalam Songwriters Hall of Fame pada tahun 2009.[1][2] Pada tahun 2012, Bon Jovi menduduki tempat #50 dalam senarai "Power 100" Billboard Magazine, kedudukan "Orang Yang Paling Berkuasa dan Berpengaruh Dalam Perniagaan Muzik".[3] Pada tahun 1996, Majalah People menamakannya salah satu daripada "50 Orang Paling Cantik Di Dunia".[4] Pada tahun 2000, People menganugerahkan beliau "Sexiest Rock Star".[5]
Bon Jovi ialah pengasas dan pemilik majoriti pasukan Liga Bola Sepak Arena, Philadelphia Soul. Beliau ialah pengasas Yayasan The Jon Bon Jovi Soul, yang ditubuhkan pada tahun 2006.