From Wikipedia, the free encyclopedia
Juan Guilherme Nunes Jesus (sebutan dalam bahasa Portugis: [huˈɐ̃ ʒɛˈzus]; lahir 10 Jun 1991), atau dikenali sebagai Juan Jesus dan Juan, merupakan seorang pemain bola sepak Brazil yang beraksi di posisi pertahanan untuk kelab Itali, Napoli.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Juan Guilherme Nunes Jesus | ||
Tarikh lahir | 10 Jun 1991 | ||
Tempat lahir | Belo Horizonte, Brazil | ||
Ketinggian | 1.85 m (6 ka 13⁄16 in) | ||
Posisi permainan | Bek tengah / Bek kiri | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Napoli | ||
Nombor | 5 | ||
Kerjaya remaja | |||
2006–2009 | Internacional | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2010–2011 | Internacional | 25 | (0) |
2012–2016 | Inter Milan | 110 | (1) |
2016–2017 | → Roma (pinjam) | 20 | (0) |
2017–2021 | Roma | 51 | (1) |
2021– | Napoli | 39 | (2) |
Pasukan kebangsaan | |||
2009–2011 | Brazil B20 | 17 | (0) |
2012 | Brazil B23 | 6 | (0) |
2012–2013 | Brazil | 4 | (0) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 2 September 2023 |
Pada tahun 2007, Juan Jesus menyertai akademi kelab Sport Club Internacional. Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan senior pada tahun 2010 dan merangkul kejuaraan Copa Libertadores 2010.
Pada 30 Januari 2012, Juan Jesus berpindah ke kelab Serie A, Internazionale[1] dengan perpindahan yang menelan kos sebanyak €4 juta[2][3] tetapi terdapat juga bonus klausa tambahan dilaporkan.[2] Beliau melakukan penampilan sulungnya di Serie A untuk Inter pada 13 Mei 2012 ketika aksi menentang Lazio setelah beliau menggantikan Diego Milito.[4]
Semasa musim 2012–13, Juan Jesus terus menyerlah dengan menjadi pilihan utama bagi kesebelasan utama Inter bersama dengan pemain pertahanan lain seperti Andrea Ranocchia dan Walter Samuel di dalam sistem posisi 3–5–2. Beliau menjaringkan gol pertamanya pada 19 Mei 2013 ketika perlawanan terakhir Serie A menentang [[Udinese Calcio|Udinese].[5] Beliau mengakhiri tahun pertamanya di Itali dengan 44 kemunculan dalam semua kejohanan termasuklah 31 penampilan di Serie A bersama Inter yang menyaksikan pasukannya gagal menempah tiket ke mana-mana pentas Eropah sama ada dalam kejohanan Liga Juara-Juara Eropah mahupun Liga Europa.
Pada 12 Julai 2013, Juan Jesus mula mengambil alih jersi bernombor 5 selepas pemergian pemain berpengalaman, Dejan Stanković.[6] Pada Ogos 2013, beliau menjadi kapten pasukan Inter buat kali pertama dalam perlawanan persahabatan menentang Real Madrid di Amerika Syarikat yang berkesudahan Inter tewas 3-0.[7]
Pada 24 September 2013, Juan Jesus memperbaharui kontrkanya bersama Inter sehingga tahun 2018 dan dilaporkan bahawa beliau memperoleh gaji sebanyak €1.2 juta setiap tahun.[8][9]
Juan Jesus melakukan penampilannya yang ke-100 untuk Inter pada 4 Februari 2015 dalam perlawanan menentang Napoli pada aksi suku akhir Coppa Italia namun Inter tewas tipis 1-0 hasil jaringan oleh pemain lawan, Gonzalo Higuaín.[10][11]
Pada 14 Julai 2016, Juan Jesus menyertai Roma secara pinjaman dengan kos € juta bersama pilihan untuk dibawa masuk secara tetap dengan bayaran tambahan €8 juta.[12] Pada pertengahan musim 2016–17, beliau telah dibawa masuk secara tetap dengan nilai €1.153 juta bersama bayaran tambahan perpindahan tersebut yang bernilai €8.847 juta.[13]
Juan Jesus melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan kebangsaan Brazil ketika menentang Denmark pada 26 Mei 2012 yang berkesudahan kemenangan 1–3 berpihak kepada Brazil.[14]
Juan Jesus beraksi di posisi bek tengah bergandingan dengan kapten pasukan, Thiago Silva. Beliau beraksi dalam tiap-tiap perlawanan untuk Brazil sepanajang kejohanan Sukan Olimpik 2012 yang menyaksikan Brazil merangkul pingat perak.
Oleh kerana semua penglibatannya untuk Brazil hanya dalam perlawanan persahabatan sahaja, Juan tidak dapat diberi peluang untuk mewakili Itali.[15] Walau bagaimanapun, dilaporkan bahawa Juan tidak memiliki darah Itali berdasarkan keturunannya sekali gus menyebabkan beliau tidak layak untuk beraksi di bawah bendera Itali.[16][17]
Kelab | Musim | Liga | Piala | Benua[nb 1] | Lain[nb 2] | Jumlah | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | ||
Internacional | 2010 | 7 | 0 | 0 | 0 | 1 | 0 | 10 | 0 | 18 | 0 |
2011 | 18 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 6 | 0 | 24 | 0 | |
Jumlah | 25 | 0 | 0 | 0 | 1 | 0 | 16 | 0 | 42 | 0 | |
Internazionale | 2011–12 | 1 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 1 | 0 |
2012–13 | 31 | 1 | 4 | 0 | 9 | 0 | — | 44 | 1 | ||
2013–14 | 27 | 0 | 2 | 0 | — | 29 | 0 | ||||
2014–15 | 32 | 0 | 2 | 0 | 11 | 0 | 45 | 0 | |||
2015–16 | 19 | 0 | 4 | 0 | — | 23 | 0 | ||||
Jumlah | 110 | 1 | 12 | 0 | 20 | 0 | 0 | 0 | 142 | 1 | |
Roma | 2016–17 | 20 | 0 | 3 | 0 | 10 | 0 | — | 33 | 0 | |
2017–18 | 22 | 0 | 1 | 0 | 6 | 0 | 29 | 0 | |||
2018–19 | 20 | 1 | 1 | 0 | 3 | 0 | 24 | 1 | |||
Jumlah | 62 | 1 | 5 | 0 | 19 | 0 | — | 86 | 1 | ||
Jumlah kerjaya | 197 | 2 | 17 | 0 | 40 | 0 | 16 | 0 | 270 | 2 |
Pasukan kebangsaan Brazil | ||
---|---|---|
Tahun | Kmncln | Gol |
2012 | 4 | 0 |
Jumlah | 4 | 0 |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.