Jupiter
From Wikipedia, the free encyclopedia
Rencana ini mengenai suatu dewa disembah masyarakat Romawi. Untuk planet yang turut dinamakan sedemikian oleh sesetengah negara Nusantara, sila lihat Musytari.
Jupiter (juga dieja dalam Latin: Iūpitercode: la is deprecated atau Iuppiter [ˈjʊppɪtɛr;[1] yup-pi-tér] atau Iovis [ˈjɔwɪs; yo-wis]) merupakan dewa langit dan guruh serta raja segala dewa-dewi menurut mitologi kepercayaan orang Rom purba, malah dia dianggap sebagai mahadewa dalam anutan kepercayaan ini.
Dewa ini merupakan dewa terutama dipuja sepanjang zaman Republik dan Empayar yang berlarutan di tamadun tersebut sehinggalah naiknya kekuasaan Constantine I sebagai raja yang menyebarkan ajaran Kristian di seluruh naungan baginda.