K-Clique
From Wikipedia, the free encyclopedia
K-Clique merupakan kumpulan hip hop Malaysia, berasal dari Kota Kinabalu, Sabah ditubuhkan pada 2014.[1][2] Ahli kumpulan ini ialah seramai tujuh orang, terdiri daripada MK, Noki, SoMean, KDeaf, FareedPF, Gnello, dan NastyNas.[3][4] Pada Disember 2022, K-Clique mengesahkan Tuju bukan lagi ahli mereka sejak beberapa bulan lalu.[5]
Fakta Segera Berasal dari, Genre ...
K-Clique | |
---|---|
Berasal dari | Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia |
Genre | |
Tahun aktif | 2014-kini |
Syarikat rakaman | K-Records |
Pengkarya berkait | |
Ahli |
|
Bekas ahli |
|
Tutup
Biarpun sudah lama bergiat aktif di negeri kelahiran mereka, K-Clique mula mendapat perhatian meluas di kalangan penggemar muzik tempatan walaupun mereka bermula dengan konsep indie dan underground. Single keenam mereka, "Mimpi" telah membawa K-Clique, dari puncak populariti ke muzik arus perdana dan disebut-sebut antara yang mempunyai potensi cerah untuk menerima pengaruh lebih besar.