![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/thumb/a/a7/Poster-KIL.jpg/640px-Poster-KIL.jpg&w=640&q=50)
KIL
Filem Malaysia 2013 arahan Nik Amir Mustapha / From Wikipedia, the free encyclopedia
KIL (Tulisan Jawi: كيل; merujuk kepada singkatan Akil dan perkataan kill dalam bahasa Inggeris) merupakan sebuah filem drama romantik misteri Malaysia 2013 arahan Nik Amir Mustapha terbitan Grand Brilliance dan Flux Visual Lab. Ia dibintangi oleh Redza Minhat dan Cristina Suzanne yang baru pertama kali menjadi watak utama melalui filem ini.[1] Filem ini juga merupakan filem pertama Nik Amir. Filem ini mengisahkan mengenai Akil, seorang lelaki muda yang mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri. Selepas beberapa percubaan membunuh diri yang gagal, Akil telah mengupah sebuah agensi pembunuhan, Life Action Bureau (LAB) untuk membantu dirinya membunuh diri. Ketika tarikh kematiannya semakin dekat, dia jatuh cinta dengan seorang gadis yang dia temui, Zara. Selepas itu, dia mula mempunyai fikiran yang was-was untuk mati.[2] Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 30 Mei 2013.
KIL | |
---|---|
![]() Poster keluaran tayangan | |
Pengarah | Nik Amir Mustapha |
Penulis |
|
Lakon layar | Nik Amir Mustapha |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Sinematografi | S. Y. Chong |
Disunting oleh | Rewan Ishak |
Muzik oleh | Saiful Ridzuan Sharafuddin |
Syarikat penerbitan | Grand Brilliance Flux Visual Lab |
Diedarkan oleh | Primeworks Studios |
Tarikh tayangan | 30 Mei 2013 |
Masa tayangan | 90 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM 150,000 |
Pecah panggung | RM 510,000 |
Filem ini telah berjaya memenangi empat anugerah daripada tujuh pencalonan di Anugerah Skrin 2013 (termasuk Filem Terbaik)[3] dan mengungguli Festival Filem Malaysia ke-26 dengan lima kemenangan dari sebelas pencalonan (termasuk Filem Terbaik).[4]