Kalkulus (Bahasa Latin: calculus terbitan calx "batu kerikil; batu kecil; bara"[1] untuk menghitung[2]) adalah cabang ilmu matematik yang merangkumi had, terbitan, kamiran, dan deret tak terhingga. Kalkulus adalah ilmu mengenai perubahan, sebagaimana geometri adalah ilmu mengenai bentuk dan algebra adalah ilmu mengenai pengerjaan untuk memecahkan persamaan serta aplikasinya. Kalkulus mempunyai aplikasi yang luas dalam bidang-bidang sains, ekonomi, dan teknikal; serta dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang tidak dapat diselesaikan dengan algebra asas.[3]
Fakta Segera Topik dalam, Kalkulusmultipemboleh ubah ...
Topik dalam Kalkulus |
Teorem asas Had fungsi Keselanjaran Teorem nilai min
Kalkulus pembezaan |
Terbitan Perubahan pemboleh ubah Pembezaan tersirat Teorem Taylor Kadar terhubung Identiti Petua:
Petua kuasa Petua hasil darab Petua hasil bahagi Petua rantai |
Kalkulus kamiran |
Kamiran
Senarai kamiran
Kamiran tak wajar
Pengamiran mengikut:
bahagian, cakera, kerang silinder, penggantian, penggantian trigonometri, pecahan separa, peringkat pengamiran |
Kalkulus vektor |
Kecerunan Kecapahan Ikal Laplacean Teorem kecerunan Teorem Green Teorem Stokes Teorem kecapahan |
Kalkulus multipemboleh ubah |
Kalkus matriks Terbitan separa Kamiran berganda Kamiran garis Kamiran permukaan Kamiran isi padu Jacobian |
|
Tutup
Kalkulus mempunyai dua cabang utama, iaitu kalkulus pembezaan dan kalkulus kamiran yang saling berhubungan melalui teorem asas kalkulus. Pelajaran kalkulus adalah pintu gerbang menuju pelajaran matematik lain yang lebih tinggi, yang khusus mempelajari fungsi dan limit, yang secara umum dinamakan analisis matematik.[3]