Kapal pengangkut pesawat kelas Queen Elizabeth
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kelas Queen Elizabeth adalah satu kelas kapal pengangkut pesawat yang terdiri daripada dua buah kapal untuk kegunaan Tentera laut Diraja Britain. Kapal pertama, HMS Queen Elizabeth dinamakan pada 4 Julai 2014, dengan pelancarannya dirancang pada 2017[2], dan dijangka akan mencapai tahap keupayaan operasi awal pada tahun 2018[13]. Manakala kapal kedua, HMS Prince of Wales dijadualkan untuk dilancarkan pada sekitar musim panas tahun 2017, diikuti dengan pentauliahan pada tahun 2020. Pada 5 September 2014, semasa di Persidangan NATO di Wales, Perdana Menteri David Cameron telah mengumumkan bahawa kapal pengangkut pesawat kedua akan dibina, menamatkan tahun-tahun ketidaktentuan berkenaan masa depannya. Ia kemudian disahkan dengan Penilaian Pertahanan Strategik Kerajaan pada bulan November 2015, yang mengesahkan kedua-dua kapal akan memasuki perkhidmatan, di mana salah satu kapal akan tersedia pada sebilang masa.[14][15]
HMS Queen Elizabeth (R08) memasuki Pangkalan Laut Portsmouth semasa dalam pelayaran sulungnya pada 16 Ogos 2017 | |
Ringkasan kelas | |
---|---|
Nama: | Kapal pengangkut pesawat kelas Queen Elizabeth |
Pembina: |
|
Pengguna: | Tentera Laut Diraja |
Didahului oleh: | Kelas Invincible |
Kos: | Kos sebanyak £6.2bn untuk dua buah kapal.[1] |
Ditauliahkan: |
|
Dibina: | 1 |
Dirancang: | 2 |
Disiapkan: | 1 |
Ciri-ciri umum | |
Jenis: | Kapal pengangkut pesawat |
Sesaran: | 70,600 tonne (69,500 long ton; 77,800 short ton)[5][6][7] |
Panjang: | 280 m (920 ka)[8] |
Lunas: |
|
Draught: | 11 m (36 ka) |
Dek: | 16,000 m2 (170,000 ka2) 9 dek di bawah dek penerbangan |
Installed power: | 2 × turbin gas Rolls-Royce Marine Trent MT30 36 MW (48,000 hp) * 4 × enjin diesel marin Wärtsilä 38 (2 × 12V38 8.7 MW atau 11,700 hp & 2 × 16V38 11.6 MW atau 15,600 hp) |
Jana kuasa: |
dorongan elektrik bersepadu penuh
4 × Converteam 20 MW motor aruhan termaju Dua buah aci; pendorong pitch tetap |
Halaju: | Lebih daripada 25 knot (46 km/j; 29 mph) |
Jarak: | 10,000 batu nautika (19,000 km; 12,000 bt) |
Trup: | 250[9] hingga 900[10] |
Anak kapal: | 679 krew, tidak termasuk krew udara; jumlah keseluruhan sehingga 1,600 |
Sistem penderia dan pemprosesan: |
|
Persenjataan: |
|
Pesawat yang dibawa: |
|
Kemudahan penerbangan: |
|
Kontrak bagi pesawat diumumkan pada 25 Julai 2007 oleh Setiausaha Pertahanan Negara ketika itu, Des Browne, mengakhiri kelewatan selama beberapa tahun berkaitan dengan isu kos dan penstrukturan semula pembinaan kapal tentera laut Britain. Kontrak ditandatangani setahun kemudian pada 3 Julai 2008 selepas pembentukan BVT Surface Fleet melalui penggabungan BAE Systems Surface Fleet Solutions dan anak syarikat VT Group iaitu VT Shipbuilding, yang merupakan syarat yang ditetapkan oleh kerajaan UK.
Kapal dianggarkan menyasar sekitar 65,000 tonne (64,000 long ton) ketika dihantar, tetapi reka bentuk dijangka meningkat kepada 70,600 tan sepanjuang jangka hayat kapal. Kapal ini dicadang sepanjang 280 meter (920 ka) dan memiliki kekuatan udara sehingga 40 buah pesawat (sungguhpun berkeupayaan untuk membawa sehingga lima puluh pada muatan penuh). Ia akan menjadi kapal perang terbesar yang pernah dibina bagi Tentera Laut Diraja. Kos unjuran bagi program adalah £6.2 bilion."House of Commons Hansard Debates". UK Parliament. 6 November 2013. pt 1. Dicapai pada 3 Januari 2014.
Kedua-dua kapal pengangkut pesawat akan disiapkan mengikut rancangan asal, dalam sebuah tatarajah Perlepasan Pendek dan Pendaratan Menegak (STOVL), serta menggunakan pesawat Lockheed Martin F-35B. Berikutan dengan Penilaian Keselamatan dan Pertahanan Strategik pada 2010, kerajaan Britain berniat untuk membeli pesawat F-35C untuk digunakan di atas kapal pengangkut ini, manakalan untuk Prince of Wales, kapal akan dibina dalam tatarajah Perlepasan Terbantu Manjanik dan Pendaratan Cangkuk (CATOBAR). Setelah jangkaan kos untuk sistem CATOBAR meningkat sehingga dua kali ganda berbanding anggaran asal, kerajaan pada 10 Mei 2012 telah mengumumkan bahawa ia berbalik pada rekabentuk asal.