Kapal selam peluru berpandu balistik
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kapal selam peluru berpandu balistik adalah sebuah kapal selam yang dilengkapkan dengan peluru berpandu balistik. Peluru berpandu jenis ini juga dikenali sebagai peluru berpandu balistik lancaran kapal selam atau SLBM. SSBN pula merupakan simbol pengelasan badan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat untuk sebarang kapal selam berkuasa nuklear yang membawa peluru berpandu balistik.[1] Huruf SS mewakili Submersible Ship, B pula merujuk pada Ballistic missile, dan N Nuclear powered.