Kapal wap
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kapal wap, kapal api atau kapal asap ialah sebuah kapal yang mampu digunakan di laut yang didorong satu atau lebih enjin janaan wap, yang secara tipikalnya menggunakan kuasa daripada enjin untuk memutar kipas bebaling ataupun pengkayuh. Kapal-kapal awal mula berkhidmat dalam awal tahun 1800-an dan biasanya menggunakan designasi SS, S.S. or S/S.
Kemajuan jentera ini membolehkan pelayaran yang dibebaskan daripada kekangan arahan dan laluan dihalakan angin dagang yang meniup kapal-kapal dagang sebelumnya menuju beberapa titik tertentu di Bumi sahaja serta memendekkan tempoh pelayaran dari satu destinasi ke satu destinasi lain secara ketara; hal ini turut membawa kepada pemesatan perdagangan antarabangsa mendorong kepada globalisasi yang memuncak sekitar lewat abad ke-19 dan abad ke-20.[1]