Karakai Jōzu no Takagi-san
Siri manga Jepun / From Wikipedia, the free encyclopedia
Karakai Jōzu no Takagi-san (からかい上手の高木さんcode: ja is deprecated , "Takagi si Pakar Sakat", tajuk antarabangsa bahasa Inggeris: Teasing Master Takagi-sancode: en is deprecated ) merupakan siri manga Jepun dihasilkan oleh Sōichirō Yamamoto. Siri ini menampilkan kehidupan seharian Takagi, yang suka mengusik rakan sekelasnya Nishikata, dan percubaan Nishikata yang gagal untuk membalasnya. Di Amerika Utara, manga ini dilesenkan oleh Yen Press.
Karakai Jōzu no Takagi-san | |
からかい上手の高木さんcode: ja is deprecated (Karakai Jōzu no Takagi-san) | |
---|---|
Genre | Komedi romantik, secebis kehidupan[1] |
Manga | |
Pengarang | Sōichirō Yamamoto |
Penerbit | Shogakukan |
Demografik | Shōnen |
Majalah Asal | Shōnen Ahad Bulanan |
Tarikh Pengeluaran | 2013 – kini |
Jilid | 6 |
Manga | |
Ashita wa Doyōbi | |
Pengarang | Sōichirō Yamamoto |
Penerbit | Shogakukan |
Majalah Asal | Yomiuri Chuukousei Shinbun |
Tarikh Pengeluaran | November 2014 – November 2015 |
Jilid | 2 |
Manga | |
Karakai Jōzu no (Moto) Takagi-san | |
Pengarang | Sōichirō Yamamoto |
Ilustrasi | Mifumi Inaba |
Penerbit | Shogakukan |
Demografik | Shōnen |
Pencetakan | Gessan Shōnen Sunday Comics |
Majalah Asal | MangaONE |
Tarikh Pengeluaran | 15 Julai 2017 – kini |
Siri televisyen anime | |
Pengarah | Hiroaki Akagi |
Skrip/Penulis | Michiko Yokote |
Lagu/Muzik | Hiroaki Tsutsumi |
Studio | Shin-Ei Animation |
Dilesenkan oleh |
|
Penyiaran Asal | Tokyo MX, ytv, BS11 |
Penyiaran bahasa Inggeris | Animax Asia (musim 1) |
Tarikh tayangan | 8 Januari 2018 – 26 Mac 2022 |
Episod | 36 + OVA |
Filem anime | |
Portal Anime dan Manga |
Siri televisyen anime oleh Shin-Ei Animation ditayangkan dari Januari hingga Mac 2018. Sebuah animasi video asal (OVA) dilancarkan pada bulan Julai 2018. Musim kedua disiarkan dari Julai hingga September 2019. Musim ketiga ditayangkan pada Januari hingga Mac 2022, manakala sebuah filem juga akan dikeluarkan pada Jun tahun yang sama.
Pada tahun 2021, Karakai Jōzu no Takagi-san memenangi Anugerah Manga Shogakukan ke-66 dalam kategori shōnen.