Siri manga Jepun From Wikipedia, the free encyclopedia
Karakai Jōzu no Takagi-san (からかい上手の高木さん , "Takagi si Pakar Sakat", tajuk antarabangsa bahasa Inggeris: Teasing Master Takagi-san ) merupakan siri manga Jepun dihasilkan oleh Sōichirō Yamamoto. Siri ini menampilkan kehidupan seharian Takagi, yang suka mengusik rakan sekelasnya Nishikata, dan percubaan Nishikata yang gagal untuk membalasnya. Di Amerika Utara, manga ini dilesenkan oleh Yen Press.
Karakai Jōzu no Takagi-san | |
からかい上手の高木さん (Karakai Jōzu no Takagi-san) | |
---|---|
Genre | Komedi romantik, secebis kehidupan[1] |
Manga | |
Pengarang | Sōichirō Yamamoto |
Penerbit | Shogakukan |
Demografik | Shōnen |
Majalah Asal | Shōnen Ahad Bulanan |
Tarikh Pengeluaran | 2013 – kini |
Jilid | 6 |
Manga | |
Ashita wa Doyōbi | |
Pengarang | Sōichirō Yamamoto |
Penerbit | Shogakukan |
Majalah Asal | Yomiuri Chuukousei Shinbun |
Tarikh Pengeluaran | November 2014 – November 2015 |
Jilid | 2 |
Manga | |
Karakai Jōzu no (Moto) Takagi-san | |
Pengarang | Sōichirō Yamamoto |
Ilustrasi | Mifumi Inaba |
Penerbit | Shogakukan |
Demografik | Shōnen |
Pencetakan | Gessan Shōnen Sunday Comics |
Majalah Asal | MangaONE |
Tarikh Pengeluaran | 15 Julai 2017 – kini |
Siri televisyen anime | |
Pengarah | Hiroaki Akagi |
Skrip/Penulis | Michiko Yokote |
Lagu/Muzik | Hiroaki Tsutsumi |
Studio | Shin-Ei Animation |
Dilesenkan oleh |
|
Penyiaran Asal | Tokyo MX, ytv, BS11 |
Penyiaran bahasa Inggeris | |
Tarikh tayangan | 8 Januari 2018 – 26 Mac 2022 |
Episod | 36 + OVA |
Filem anime | |
Siri televisyen anime oleh Shin-Ei Animation ditayangkan dari Januari hingga Mac 2018. Sebuah animasi video asal (OVA) dilancarkan pada bulan Julai 2018. Musim kedua disiarkan dari Julai hingga September 2019. Musim ketiga ditayangkan pada Januari hingga Mac 2022, manakala sebuah filem juga akan dikeluarkan pada Jun tahun yang sama.
Pada tahun 2021, Karakai Jōzu no Takagi-san memenangi Anugerah Manga Shogakukan ke-66 dalam kategori shōnen.
Karakai Jōzu no Takagi-san ditulis oleh Sōichirō Yamamoto. Manga ini mula diterbitkan secara bersiri di langganan majalah manga shōnen milik Shogakukan, Monthly Shōnen Sunday Mini pada 12 Jun 2013,[8] dan ia berpindah ke majalah Shōnen Ahad Bulanan pada 12 Julai 2016.[9] Setakat Februari 2021, ia telah dikumpulkan dalam enam belas jilid tankōbon.[10] Pada November 2017, Yen Press mengumumkan pemerolehan manga untuk penerbitan Inggeris di Amerika Utara.[11]
Sebuah siri manga ranting (spin-off), bertajuk Ashita wa Doyōbi (あしたは土曜日 , lit. "Esok Adalah Sabtu"), telah disirikan di suratkhabar Yomiuri Chūkōsei Shimbun dari November 2014 hingga November 2015, dan telah dikumpulkan dalam dua jilid tankōbon.[12] Ia juga diadaptasi dalam adaptasi anime Karakai Jōzu no Takagi-san pada tahun 2018.[5]
Sebuah siri manga ranting kedua, bertajuk Koi ni Koisuru Yukari-chan (恋に恋するユカリちゃん , lit. "Yukari-chan Jatuh Cinta dengan Cinta"), telah disirikan di Shōnen Ahad Bulanan dari 12 Julai 2017 sehingga 11 April 2020.[13][14][15][16]
Ranting ketiga, bertajuk Karakai Jōzu no (Moto) Takagi-san (からかい上手の(元)高木さん , lit. "Takagi-san si (Bekas) Pakar Sakat"), menampilkan Takagi dewasa, yang kini telah berkahwin dengan Nishikata, dan anak perempuan mereka, Chi, dimulakan dalam aplikasi MangaONE pada 15 Julai 2017.[13][14] Ia telah dikumpulkan kepada dua belas jilid tankōbon.[17]
Sebuah adaptasi siri televisyen anime telah diumumkan dalam edisi Ogos 2017 majalah Shōnen Ahad Bulanan milik Shogakukan.[18] Siri ini diarahkan oleh Hiroaki Akagi di Shin-Ei Animation, dengan skrip yang ditulis oleh Michiko Yokote dan reka bentuk watak oleh Aya Takano. Ia disiarkan dari 8 Januari hingga 26 Mac 2018 di Tokyo MX dan saluran lain.[2][19]
Crunchyroll menayangkan siri ini secara serentak, sementara Funimation menstrimkan siri ini dengan dub Inggeris.[20][21] Siri ini berjalan untuk 12 episod.[22]
Lagu-lagu tema pembukaan dan penutup siri anime ini adalah seperti berikut:
Pembukaan | Penutup | |||||
---|---|---|---|---|---|---|
Episod | Tajuk | Penyanyi | Episod | Tajuk | Penyanyi asal | Penyanyi ganti |
1–12 | "Iwanai kedo ne." (言わないけどね。 )[19] | Yuiko Ōhara | 1–2 | "Kimagure romantic" (気まぐれロマンティック )[23] | Ikimono Gakari | Takagi (Rie Takahashi) |
3–4 | "AM11:00"[23] | HY | ||||
5–6 | "Jitensha" (自転車 )[24] | JUDY AND MARY | ||||
7–8 | "Kaze fukeba koi" (風吹けば恋 )[25] | Chatmonchy | ||||
9–10 | "Chīsanakoinōta" (小さな恋のうた )[26] | MONGOL800 | ||||
11 | "Aiuta" (愛唄 )[27] | GReeeeN | ||||
12 | "Deatta Koro no Yō ni" (出逢った頃のように )[28] | Every Little Thing |
Sebuah episod OVA telah digabungkan dengan jilid kesembilan manga yang dilancarkan pada 12 Julai 2018.[29]
Pada 10 Januari 2019, ia telah diumumkan bahawa siri ini akan menerima musim kedua; kakitangan dan pelakon suara mengekalkan peranan masing-masing.[30] Ia disiarkan dari 7 Julai hingga 22 September 2019 di Tokyo MX dan saluran lain, dengan episod disiarkan secara eksklusif di Netflix di Jepun; siaran seluruh dunia di Netflix dilakukan pada 6 Disember.[31][6][32] Lagu tema pembukaan untuk musim kedua adalah "Zero Centimeters" (ゼロセンチメートル , Zero Senchimētoru) yang dipersembahkan oleh Yuiko Ōhara.[33] Seperti musim pertama, lagu-lagu penutup terdiri daripada cover oleh Takahashi: "Kanade" (奏(かなで) ) oleh Sukima Switch (ep. 1),[34] "Konayuki" (粉雪 ) oleh Remioromen (ep. 2),[35] "Kiseki" (キセキ ) oleh Greeeen (ep. 3–4),[36] "Arigatō" (ありがとう ) oleh Ikimono-gakari (ep. 5–6),[37] "STARS" oleh Mika Nakashima (ep. 7),[38] "Anata ni" (あなたに ) oleh Mongol800 (ep. 8–9),[39] "Iwanai Kedo ne." oleh Ōhara (ep. 10–11),[40] dan "Yasashii Kimochi" (やさしい気持ち ) oleh Chara (ep. 12).[41] Ōhara juga menyanyikan lagu sisipan untuk episod 12, iaitu "Kimi to Hikari" (君と光 ).[42]
Musim ketiga, yang dijadualkan tayang perdana pada Januari 2022, dan sebuah filem diumumkan secara rasmi pada bulan September 2021 setelah mereka pertama kali ditunjukkan dalam manga jilid keenam belas.[43][44] Musim ketiga ditayangkan pada blok Super Animeism di MBS dan TBS, dan rangkaian lain pada 8 Januari 2022. Tema pembukaan ialah "Straight Ahead" (まっすぐ , Massugu) yang dipersembahkan oleh Yuiko Ōhara.[45] Seperti dua musim pertama, lagu-lagu penutup terdiri daripada cover oleh Rie Takahashi: "Yume de Aetara" (夢で逢えたら ) oleh Eiichi Ohtaki (ep. 1),[46] "Over Drive" oleh Judy dan Mary (ep. 2–3),[47] "Himawari no Yakusoku" (ひまわりの約束 ) oleh Motohiro Hata (ep. 4–5),[48] "Gakuen Tengoku" (学園天国 ) oleh Finger 5 (ep. 6),[49] "Joyful" (じょいふる ) oleh Ikimonogakari (ep. 7–8),[50] "Santa Claus Is Comin' to Town" (サンタが町にやってくる ) (ep. 9),[51] "Snow Magic Fantasy" (スノーマジックファンタジー ) oleh Sekai no Owari (ep. 10–11),[52] dan "Hana" (花 ) oleh Orange Range (ep. 12).[53] Muse Communication memperoleh hak pengedaran untuk musim ketiga di Asia Tenggara.[54] Pada 28 Disember 2021, Sentai Filmworks mengumumkan bahawa ia telah memperoleh hak untuk musim ketiga dan filem untuk pengedaran ke seluruh dunia tidak termasuk Asia, dan sedang menstrimkannya di HIDIVE.[55]
Filem tersebut menampilkan ahli kakitangan yang kembali dari musim ketiga siri anime. Ia akan ditayangkan di Jepun pada 10 Jun 2022.[56]
Permainan mudah alih, bertajuk Karakai Jōzu no Takagi-san: Kyun-Kyun Records, akan dikeluarkan pada Android dan iOS pada Musim Bunga 2022.[57]
Setakat Disember 2016, manga ini mempunyai lebih 1 juta salinan dalam percetakan.[58] Sehingga Februari 2018, nombor tersebut telah meningkat kepada 4 juta salinan.[59] Setakat Ogos 2021, manga ini mempunyai 10 juta salinan dalam percetakan.[60]
Manga ini dicalonkan untuk anugerah Manga Taishō ke-10 pada tahun 2017.[61] Pada tahun 2021, bersama dengan Chainsaw Man, Karakai Jōzu no Takagi-san memenangi Anugerah Manga Shogakukan ke-66 dalam kategori shōnen.[62][63][64]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.