Kejohanan Remaja B-16 AFC 2016
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kejohanan Remaja B-16 AFC 2016 merupakan edisi ke-17 Kejohanan Remaja B-16 AFC yang dianjurkan oleh Gabungan Bola Sepak Asia. India akan menjadi tuan rumah edisi kali ini.[1][2] Kejohanan ini dijadualkan akan dimainkan antara 15 September hingga 2 Oktober 2016.[3] Sebanyak 16 pasukan akan bermain dalam kejohanan ini.
Perincian kejohanan | |
---|---|
Negara tuan rumah | India |
Tarikh | 15 September – 2 Oktober 2016 |
Pasukan | 16 (dari 1 konfederasi) |
Kedudukan Akhir | |
Juara | Iraq (Kejuaraan Ke-1) |
Naib Juara | Iran |
Separuh Akhir | Jepun Korea Utara |
Statistik kejohanan | |
Jumlah perlawanan | 31 |
Jaringan gol | 109 (3.52 per perlawanan) |
Kehadiran | 31,611 (1,020 per perlawanan) |
Penjaring terbanyak | Mohammed Dawood (6 gol) |
Pemain terbaik | Mohammed Dawood |
← 2014 2018 → |
Juara, Naib Juara beserta 2 peserta separuh akhir di kejohanan ini akan layak ke Piala Dunia B-17 FIFA 2017. Oleh kerana India juga merupakan tuan rumah Piala Dunia B-17 FIFA 2017, India tetap akan layak sekiranya mereka tewas di peringkat kumpulan atau pun di suku akhir, sekiranya India mara ke separuh akhir atau pentas akhir, 1 pasukan terbaik yang kalah di peringkat suku akhir akan menerima 1 lagi slot untuk ke Piala Dunia B-17 FIFA 2017.